Go

Neutering Aid For 4 Cats In Kuantan (Nur Shahida Bt Mohd Shafies)

 


We have sponsored RM380 for the spaying of 3 female cats and the castration of 1 male cat.

From: Nur Sha
Date: 2015-10-05 13:06 GMT+08:00
Subject: PER : Memohon bantuan memandulkan kucing
To: chankahyein@gmail.com

Selamat Pagi Dr,
Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Nur Shahida Binti Mohd Shafie, berasal daripada Kuantan, Pahang.
Saya ada membaca di dalam ruangan AnimalCare yang ada menyediakan bantuan subsidi untuk kucing-kucing yang dimandulkan dan tidak menerima apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak. Untuk pengetahuan doktor, saya mempunyai 5 ekor kucing. Hasil daripada penjagaan kucing yang saya kutip (diberi nama HERO dan GUCCI) daripada belakang rumah saya sendiri, kucing ini telah melahirkan  3 ekor anak.  Manakala seekor lagi, saya ambil di Kuala Terengganu kerana tuannya ingin berpindah dan tidak mahu membela kucing lagi. Kucing-kucing ini saya telah bela mereka semenjak daripada mereka lahir. Keempat-empat ekor kucing ini telah saya berikana nama KING, BEAUTIFUL, PRINCESS dan ELSA. Terdapat 1 ekor jantan dan 3 ekor betina.
Pada 25.09.2015 saya telah membawa keempat-empat ekor kucing saya untuk dimandulkan di klinik haiwan (gambar resit disertakan). Adalah saya dengan rendah diri memohon jika saya layak untuk menerima bantuan dana pemandulan yang disediakan oleh pihak doktor.
Selepas daripada memandulkan keempat-empat ekor kucing ini, saya akan terus menjaga mereka seperti mana saya menjaga kedua ibu bapa kucing-kucing ini. Bersama-sama dengan ini, saya lampirkan  gambar yang terbaik yang saya boleh ambil untuk rujukan dan perhatian doktor.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Nur Shahida Binti Mohd Shafie
1

2

3

4



Source: http://myanimalcare.org/2015/10/06/neutering-aid-for-4-cats-..



 

avatar

AnimalCare

AnimalCare is a registered society that promotes caregiving to street animals and helps in their neutering and medical needs. AnimalCare has a Medical Fund, Food Fund and Education Fund.

More Articles   |   Pets For Adoption   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.