Go

Kenapa Masih Teragak-Agak Memandulkan Haiwan Peliharaan Anda?

 






























Gambar di atas tentu ‘familiar’ di mata anda, kan? 
Gambar di atas hanyalah sebahagian kecil daripada beratus-ratus gambar anak-anak kucing tanpa ibu yang kami pernah siarkan bagi tujuan mendapatkan tuan baru. 
Ada yang kematian ibu akibat dipatuk ular, digigit anjing liar, dilanggar kenderaan. Ada yang dibuang dan ditinggalkan di di dalam kotak, di belakang bangunan, di kedai-kedai makan, dan di tepi jalan. 
Daripada gambar-gambar yang kami iklankan, hanya beberapa ekor saja yang survived. Selebihnya mati akibat kurang imunisasi badan, sakit akibat serangan virus, malnutrisi dan gagal mendapat penjagaan baik oleh individu-individu yang menemui mereka.
Salah siapa?? 
Semuanya berpunca daripada kegagalan pemilik haiwan yang gagal memandulkan haiwan peliharaan mereka atas pelbagai alasan. 
Tiada wang? Sekarang banyak klinik haiwan yang menyediakan pemandulan pada harga berpatutan. Apa salahnya membelanjakan RM90-200 untuk memandulkan haiwan peliharaan sendiri dari menanggung dosa menyebabkan kematian anak-anak kucing yang bakal dilahirkan tanpa mendapatkan penjagaan sempurna? Bagi yang berpendapatan rendah, anda boleh mendapatkan subdisi daripada My Animal Care, Petfinder dan SCRATCH. 
Tiada masa? Bukannya korang yang kena lakukan pembedahan tersebut. Serahkan semuanya pada doktor haiwan yang bertauliah.
Ramai orang di Malaysia, terutamanya orang Melayu dan beragama Islam tiada pendedahan dan ilmu pengetahuan tentang hukum pemandulan dan menganggap memandulkan adalah suatu dosa. Akibatnya, kucing peliharaan sendiri dibiarkan membiak dengan banyak dan tidak mampu terbela.
Lihat gambar di atas,dan fikir-fikirkan sendiri. 
Apa lagi alasan yang ingin anda beri?

Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/06/kenapa-masih-teraga-agak-memandulkan.html


 

avatar

SCRATCH

SCRATCH's main mission is to rescue stray, abandoned, and abused cats and to find as many of them as possible new homes with loving owners once they have been treated/nursed back to health and spayed/neutered (aka speutered).

We realize that we cannot always be successful in finding homes for all of the cats that need one, so an associated goal is to minimize the stray cat population by capturing, speutering, releasing and managing those that we cannot find homes for.

More Articles   |   Website

Follow Me:Facebook



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2019, PetFinder.my. All rights reserved.