Go

Kenapa Kucing Perlu Vaksinasi?

 


Setiap pemilik perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesihatan haiwan peliharaan masing-masing.
Penjagaan asas seperti pemakanan, dan amalan kebersihan perlu dipraktik dengan betul.
Selain itu, perkara asas penjagaan dan kesihatan seperti menyahcacing (deworm), menyahkutu (defleas) dan vaksinasi perlu diambil berat untuk memastikan kesihatan haiwan peliharaan anda berada pada tahap maksima.

Kenapa vaksinasi itu penting?
Seperti bayi manusia, vaksinasi haiwan juga berfungsi sebagai kunci utama dalam memastikan kesihatan haiwan peliharaan anda dan melindungi haiwan ini daripada dijangkiti virus-virus dan bakteria.
Feline Leukimia Virus merupakan pembunuh utama kucing, terutama anak-anak kucing yang lemah imunisasi. Di ikuti dengan Feline Enteritis / Panleukopenia yang merupakan pembunuh kedua kucing. Juga dikenali sebagai feline distemper di mana kucing yang dijangkiti akan lemah, dehydrated, tiada selera makan, cirit-birit adakalanya berdarah, muntah dan sangat mudah menyerang anak-anak kucing yg masih kecil.
Pastikan kucing-kucing anda mendapat vaksinasi seawal umur 2 bulan dan ulangan vaksinasi pada umur 3 bulan dan setiap tahun.
Bagaimana vaksin berfungsi?
Vaksinasi ialah penyuntikan virus dan bakteria ke dalam badan, tetapi dalam bilangan yang sangat kecil. Tujuannya untuk merangsang imunisasi dan antibodi badan bagi menghalang jangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria tersebut.
Vaksinasi perlu diulangi setiap tahun untuk memastikan imunasi badan agar menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit. Haiwan peliharaan perlu mengambil masa sekurangnya 10 hari untuk membina antibodi badan selepas di suntik dengan vaksin.
Pastikan haiwan peliharaan anda divaksin dalam keadaan sihat. Haiwan yang divaksin dalam keadaan stress, sakit, atau selepas pembedahan boleh merisikokan kesihatan haiwan-haiwan ini.
Untuk kucing-kucing yang baru diselamatkan, doktor akan menyarankan agar kucing-kucing di kuarantikan sekurangnya 14 hari untuk memantau kesihatan kucing-kucing ini. Sekiranya tiada tanda-tanda penyakit, tiada masalah selera makan dan aktif, maka kucing ini layak di vaksin selepas dikuarantinkan dan boleh dicampurkan dengan kucing-kucing sedia ada di rumah anda.

Jenis – jenis Vaksinasi
Vaksinasi yang biasanya disarankan untuk kucing peliharaan ialah Vaksinasi 4 in 1 (FVRCPC). Vaksinasi ini menghalang jangkitan virus-virus berikut :

Feline Viral Rhinotracheitis (FVR) – Tanda-tanda awal ialah selsema (flu), boleh menjadi sangat serius, mudah berjangkit dengan menyerang sistem pernafasan kucing dan boleh membawa maut kepada anak-anak kucing yang masih kecil. Tanda-tanda serangan virus ini ialah kerap bersin, hilang selera makan, demam, keluar lendiran dari mata dan hidung kucing yang dijangkiti. Feline Calicivirus - Virus ini turut menyerang sistem pernafasan, boleh menyebabkan ulser dan blisters dalam mulut. Biasanya tidak membawa maut, tetapi jika tidak dirawat boleh membawa kepada jangkitan lebih serius iaitu pneumonia yang boleh mengakibatkan kematian. Feline Panleukopenia (Distemper) – Virus ini sangat mudah berjangkit dan merebak. Kucing yang dijangkiti akan hilang selera makan, muntah, cirit-birit, murung dan dehydration. Sesetengah kucing dewasa boleh sembuh sekiranya dijangkiti, bagaimanapun peluang anak-anak kucing untuk sembuh sekiranya dijangkiti virus ini adalah sangat tipis dan hampir mustahil. Virus ini boleh membunuh anak-anak kucing yang lahir dalam persekitaran yang stress, malnutrisi dan kurang tahap kebersihan. Feline Chlamydia (pneumonitis) – Sejenis bakteria yang menyerang sistem pernafasan. Sangat mudah berjangkit. Meskipun telah sembuh, kucing boleh dijangkiti semula sekiranya sakit atau stress. Tanda-tanda klinikal ialah conjunctivitis (jangkitan pada mata), mata berair , bersin, air liur meleleh dan batuk. Sekiranya tak dirawat, boleh menular ke peparu. 

Bagi rescuer dan fosterer yang aktif menyelamatkan dan membawa pulang kucing-kucing sakit yang perlukan rawatan, doktor akan menggalakkan agar kucing-kucing yang dipelihara di rumah mereka agar diberikan Vaksinasi 5 in 1 (FVRCPC + FeLV) di mana vaksinasi kelima ini melindungi kucing peliharaan daripada dijangkiti :

Feline Leukemia (FeLV) – Virus ini boleh membawa kematian kepada kucing . Tiada rawatan untuk jangkitan FeLV. Rawatan sokongan hanya membantu kucing dari segi meringankan simptom-simptom yang dialami. Seperti Leukimia yang menyerang manusia, virus ini boleh menyebabkan kanser. Virus ini boleh dicegah dengan pengambilan vaksin 5 in 1 atau standalone FeLV vaccine. Bagaimanapun, sebelum mengambil vaksin ini, kucing-kucing perlu menjalani snap test untuk memastikan kucing tersebut bebas daripada FeLV sebelum pengambilan vaksin ini. FeLV dikatakan pembunuh utama kucing-kucing jalalan dan kucing-kucing ‘outdoor’.

Sekiranya telah diserang dengan virus FeLV, pengambilan vaksin FeLV sudah tidak memberi apa-apa kesan perlindingan atau penyembuhan kepada kucing yang telah dijangkiti. Dapatkan pelindungan dari FeLV sebelum terlambat.
Virus-virus Lain Yang Biasa Menyerang Kucing Jalanan di Malaysia
Selain daripada virus yang disenaraikan di atas, berikut adalah virus yang kerap menular kucing-kucing di Malaysia, terutama kucing yang dibiarkan bebas bergaul dengan kucing-kucing jalanan di luar sana.

Feline Infectious Peritonitis (FIP) – FIP merupakan pembunuh kedua kucing dewasa dan anak-anak kucing selepas Feline Leukemia Virus (FeLV). Virus boleh disebarkan melalui air liur, air kencing dan najis haiwan yang dijangkiti. Virus ini mampu bertahan dalam persekitaran selama beberapa minggu, malah beberapa bulan. FIP terbahagi kepada ‘wet FIP’ dan ‘dry FIP’. Tanda-tanda FIP terdiri daripada perut yang membusungkan cecair, demam, susut berat badan, hilang kawalan pergerakan badan, lumpuh, jangkitan teruk pada mata. Tiada rawatan dan vaksin untuk pesakit FIP. Kucing yang disahkan FIP akan mati dalam masa berapa minggu/bulan.  Feline Immunodeficiency Virus (FIV / Feline AIDS) – Seperti pesakit HIV/AIDS pada manusia, FIV boleh mengakibatkan kematian dan tiada rawatan. Virus ini mengganggu sistem imunisasi, menyebabkan kucing yang dijangkiti mudah terdedah kepada penyakit serius yang lain. Sekiranya kucing anda mempunyai luka pada mana-mana bahagian badan yang sukar sembuh, menanah dan berulat, pastikan kucing anda menjalani ujian FIV & FeLV. Kebanyakan kucing yang diselamatkan oleh rescuer dan mempunyai luka berulat biasanya positif FIV dan mudah dijangkiti selsema dan penyakit lain. Meskipun di Malaysia ada vaksin FIV dijual, namun ia tidak disarankan kerana selepas disuntik, virus FIV akan terus menjangkiti kucing anda. Namun sekiranya ada kucing di rumah anda yang telah disahkan positif FIV, anda boleh mendapatkan saranan dari doktor sekiranya kucing-kucing yang belum dijangkiti boleh disuntik dengan FIV vaksin.

Sekiranya kucing telah dijangkiti dengan mana-mana virus di atas, rawatan untuk penyembuhan adalah sangat sukar dan menelan belanja yang besar dan tempoh rawatan yang panjang. Kerana itu anda digalakkan mengvaksinkan kucing peliharaan anda dan mengelakkan kucing anda daripada bergaul dengan kucing-kucing lain yang tidak divaksinkan. 



Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/09/kenapa-kucing-perlu-vaksinasi.html



 

avatar

SCRATCH

SCRATCH's main mission is to rescue stray, abandoned, and abused cats and to find as many of them as possible new homes with loving owners once they have been treated/nursed back to health and spayed/neutered (aka speutered).

We realize that we cannot always be successful in finding homes for all of the cats that need one, so an associated goal is to minimize the stray cat population by capturing, speutering, releasing and managing those that we cannot find homes for.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.