Go

Catnip / Catwort / Catmint

 


Cuba korang tengok sekitar halaman rumah korang, atau di tepi-tepi padang tempat korang berjogging setiap hujung minggu. Ada tak ternampak tumbuhan ini? Atau ada tak antara korang yang pernah cuba tanam tumbuhan ini? 





Tumbuhan ini dikenali sebagai Catnip/Catwort/Catmint. Nama saintifiknya ialah Nepeta Cataria dan jauh beza dengan Pokok Kucing Galak (Acalypha Indica).

Rupa Catnip/Catmint ni ada iras-iras daun pudina dan daunnya mempunyai bau herba yang kuat apabila dipetik. Apabila tua, ia akan menghasilkan bunga-bunga kecil berwarna ungu/putih.

Kesannya sama seperti Pokok Kucing Galak, iaitu memberi rasa seronok, gembira dan ketenangan kepada kucing-kucing yang aktif (*tak semua kucing menunjukkan kesan yang sama).

Selain kesan positif kepada kucing, Catnip/Catmint ini juga sesuai diminum dan dijadikan rawatan herba oleh mereka yang mempunyai masalah insomnia, stress, migrain, sakit kepala, dan masalah penghadaman.

So kalo korang terjumpa tumbuhan ni, cuba korang beri pada kucing korang untuk melihat sama ada ia memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Kali pertama, mungkin si comel korang buat bolayan. Lama-lama mungkin si comel korang bagi respond pada tumbuhan herba ini. Tapi make sure ianya tumbuhan yang betul tau… sebab banyak rumput/tumbuhan yang rupanya hampir sama, tapi sebenarnya berbeza ;)



Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2013/03/catnip-catwort-catmint.html



 

avatar

SCRATCH

SCRATCH's main mission is to rescue stray, abandoned, and abused cats and to find as many of them as possible new homes with loving owners once they have been treated/nursed back to health and spayed/neutered (aka speutered).

We realize that we cannot always be successful in finding homes for all of the cats that need one, so an associated goal is to minimize the stray cat population by capturing, speutering, releasing and managing those that we cannot find homes for.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.