Go

Sebelum Bawa Balik Kitten....

 


As Salam…
Hari ni..mari kita semak balik..checklist kita sebelum bawa balik anak kucing baru ke rumah…especially kalau kita  ni baru nak berjinak2 dengan arena membela kucing….atau kembali membela setelah lama xde kucing…Jgn gopoh gapah angkut semua balik tanpa mengetahui dan menyediakan beberapa keperluan asasnya…
Yela..uolls kalau nak bawak balik baby dari hospital pon siap2kan barang keperluannya jugak kan…beli pampers la..susu la…barut la hape kan…kan….anak kucing pon tidak terkecuali…mereka masih dlm proses pembesaran so owner kene ambil tau serba sedikit mengenainya…

1. Will I be at home enough to help my kitten settle in and to build a bond between us? – pada pendapat iolls…kalau uolls keje tak tentu masa…out station 35 hari sebulan (pergh…busy betul tuuu…)..tak payah la bela kucing..baik bela plushie kucing sajork..hehehehe…anak kucing tu benda hidup..kalau bela tapi setakat kurung dlm cage seekor2 dia mcm tu…lebih mendera jiwa kucing tu kot…sbb fitrahnya anak kecil..mmg suka bermain dan berkawan2…unless kalau bela 2 ekor sekali maybe OK…buat peneman bila uollss keje…xde la dia boring mati kutu duduk dlm cage sepanjang uolls keje x balik2 tu kan…kan…
2. Is there a secure area where my kitten can spend time during the and sleep at night? – Aha…ini keperluan menyediakan ruang yg selamat… diulangi…SELAMAT….x perlu bermewah2…x payah uolls nak tempah khas cage wrought iron ke..cage ukiran burung merak kayu meranti ke…x payah…kucing x pandang tu semua…yg penting…semua tingkap, sliding door dan ruang2 yang dikhuatiri boleh jadi laluan kucing meloloskan diri ditutup…dipasangkan net dan sebagainya…Kucing ni licik…ingat..kalau kepala dia boleh muat maksudnya dia boleh loloskan badannya juga..
3. Is there a suitable position for the litter box? – Pasir kumbahan kucing ni..perlulah diletakkan di tempat yang sesuai…bukan di tempat yang terlalu bising atau dilaluan org ramai…selain mengawal masalah bau..ia memberi privasi kepada anak kucing untuk menyesuaikan diri..gunakan pasir/serbuk kayu yang bersesuaian dgn kucing dan juga poket kita…kan…kan…ada yang suka pasir yg clumping..ada yang suka menggunakan serbuk kayu biodegradable yang boleh diflush di tandas..pilihla mana yg sesuai..
4. Where will my kitten’s food and water bowl sit? - Ini perlu diletakkan ditempat yang paling mudah di akses oleh anak kucing…gunakan bekas dengan saiz dan ketinggian yang sesuai…ada yang gemar menggunakan bekas stainless steel atau seramik kerana mudah untuk dibersihkan berbanding bekas plastik yang mudah kotor dan memerangkap bakteria…kadangkala kucing mendapat ‘jerawat’ dibahagian dagu kerana kerap bergesel dengan bekas makanan plastiknya..

5. Will I be able to keep my other pets safely separated while my kitten settles in? – Kucing yang baharu sebaiknya dikuarantin dulu sebleum dibenarkan bercampur dengan kucing yang sedia ada di rumah terutamanya kalau kita mambawa pulang kucing jalanan yang belum diketahui taraf kesihatannya..selain mampu mengelakkan daripada kutu atau hama berjangkit…kuarantin juga dpt mengelakkan kecederaan akibat pergaduhan …kucing perlu diberi masa untuk berkenalan sebelum dibenarkan bermain bersama..

6. Who will be responsible for cleaning out the litter box? - Perkara ini perlu dibincangkan sebelum keputusan untuk membela kucing dibuat…anak kucing walaupun comel..dia masih lagi benda hidup yang perlu makan, minum dan membuang air..dan pasir kumbahan ini perlu dibersihkan setiap hari…kenapa? Mudah aje…sbb hari2 kucing akan kencing dan buang air besar…maka nya hari2 la kene bersihkan…kan…kan…kerapkali org terlupa perkara ini bila ada kucing…masa kucing tu tgh main comel2 sibuk nak main nak gomol…time dia buang air..semua lari! Boleh juga assign pada anak2..sebagai tugasan…so secara tak lansung mengajar anak kita bertanggungjawab…tp pastikan cuci tangan bersih-bersih ok..

7. Have I obtained all the necessary equipment for my kitten? – Apa yg dikatakan barang keperluan ni? Tentunya bekas makanan dan minuman, kibbles..bekas pasir…pasir kumbahan..mainan untuk elakkan kebosanan

8. Have I researched local veterinary clinics and have I made provisions for the cost of treatments? – Sebagai seorang pemilik haiwan yang bertanggungjawab…harus kita sedar kucing itu ada potensi untuk jatuh sakit…jadi perlu tau la dimana lokasi klinik vet terdekat…selain tu mesti ada financial plan yang baik…bukanla maksudnya kene ada gaji beribu2 baru boleh bela kucing tapi kene alert ..sbb ada masa kucing sakit mata..kadang boleh kene jangkitan fungus..kita gatal2 tukar makanannya nanti boleh cirit birit…itu semua perlu duit utk ke vet…bukan bayar pakai bulu hidung yea….

P/S: Pic ehsan dari google.com



Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2014/06/sebel..



 

avatar

SCRATCH

SCRATCH's main mission is to rescue stray, abandoned, and abused cats and to find as many of them as possible new homes with loving owners once they have been treated/nursed back to health and spayed/neutered (aka speutered).

We realize that we cannot always be successful in finding homes for all of the cats that need one, so an associated goal is to minimize the stray cat population by capturing, speutering, releasing and managing those that we cannot find homes for.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.