Go

Hari Antarabangsa Masyarakat Asal Sedunia - Zainudin (Jahai)

 




Saya lahir di Sungai Tiang, Gerik, Perak dan berasal dari suku kaum Jahai. Pekerjaan saya adalah memantau habitat hidupan liar terutamanya Harimau Malaya.

Pelbagai pengalaman yang menarik saya lalui sepanjang berkhidmat dengan WWF-Malaysia selama lima tahun.

Suatu ketika dahulu semasa melakukan rondaan di dalam hutan, saya terserempak dengan seekor harimau setinggi tiga kaki dan panjangnya kira-kira empat kaki.

Saya terkejut apabila melihat harimau tersebut dan menggigil ketakutan. Namun saya berasa sangat bangga dan seronok kerana dapat melihat hidupan liar yang jarang dijumpai oleh orang lain.

Saya ingin menasihati orang ramai agar menjaga alam sekitar kerana ia adalah anugerah Tuhan buat kita semua.

Seperti hutan, ia menjadi sumber mata pencarian kepada Masyarakat Asal dan juga merupakan habitat untuk hidupan liar.

Kita harus berganding bahu dan berusaha untuk memastikan tiada pemburuan haram dan pencerobohan hutan yang boleh mengancam kehidupan yang bergantung kepadanya.”- Zainudin Sudin, Unit Anti Pemburuan Haram, Gerik, Perak.

Pada Hari Antarabangsa untuk Masyarakat Asal Sedunia, WWF-Malaysia meraikan kepelbagaian budaya dalam organisasi kami dan menghargai sumbangan Masyarakat Asal terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar.

Source: https://www.facebook.com/wwfmy/photos/a.10157674827858242.10..



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.