Go

Tidak Selesai Kes Pembunuhan Dua Anak Anjing Di Go..

 




Tidak selesai kes pembunuhan dua anak anjing di Gombak Utara Selangor beberapa minggu lalu. Malaysia sekali lagi dihidangkan dengan satu insiden pembunuhan anjing hari ini berlaku sekitar pagi 11 Ogos 2019 di laporkan berlaku di Pekan Kuah Pulau Langkawi Kedah. Tindakan sadis begini benar-benar meruntun jiwa. Ini merupakan siri kedua pembunuhan kejam anjing dalam tempoh sebulan ini yang berlaku pada bulan Ogos 2019.

Trend pembunuhan secara barbaric sebagai langkah penyelesaian terhadap masalah lambakan anjing gelandangan bukanlah satu tindakan yang sehat. Adakah anjing benar-benar bahaya hingga sanggup manusia menganiaya mereka sebegini rupa. Jangan jadikan kelakuan pembunuhan begini sebagai budaya masyarakat kita.

Orang Pulau Langkawi Kedah tidak boleh berdiam diri menyaksikan pembunuhan anjing secara zalim begini. Animal Malaysia difahamkan sehingga kini belum ada mana-mana saksi tampil melaporkan kejeadian kepada pihak berkuasa. Anjing juga disyaki mempunyai pemilik berdasarkan kolar yang tergantung dileher.

Laporkan kezaliman tersebut kepada pihak berkuasa Polis atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Ternyata Akta Kebajikan Haiwan 2015 perlu pindaan dengan memasukkan sebatan sebagai hukum bagi mengajar penjenayah dan pembunuh haiwan.

Seperti biasa Animal Malaysia menawarkan wang ganjaran bernilai RM1000.00 kepada saksi kejadian yang awal melaporkan kepada pihak berkuasa sehingga orang yang melakukan pembunuhan anjing dapat ditangkap,berjaya didakwa dan sah menerima hukuman. Ganjaran boleh dituntut selepas itu.

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.