Go

Selepas Pasir Gudang Johor. Pencemaran Sungai Di S..

 




Selepas Pasir Gudang Johor. Pencemaran sungai di Sungai Gombak berdekatan Bangunan PWTC Kuala Lumpur pula berlaku dan petang tadi Sungai Kerling di Kerling – Kalumpang Selangor pula dilaporkan mengalami pencemaran kimia berbahaya. Lihat keadaan sungai seperti dalam gambar ini.

Apa yang membimbangkan Animal Malaysia ialah ancaman nyawa haiwan yang meminum dan bergantung dengan air sungai ini di sepanjang sungai. Selain itu sudah tentu hidupan akuatik turun terancam dan mati.

Apakah sudah tidak ada penguatkuasaan dan undang-undang dalam negara ini sehinggakan kes pembuangan toksik dan kimia ke dalam sungai sudah mula menular malah tiada jalan penyelesaiannya?

Di satu pihak berusaha gigih mengusahakan rehabilitasi dan konservasi haiwan. Manakala satu pihak lagi memusnahkan alam dengan pembalakkan dan pembuangan kimia mengakibatkan pencemaran toksik.

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.