Go

Anjing Ditembak. Kucing Dijerut. Dibawa Ke Pound P..

 




Anjing ditembak. Kucing dijerut. Dibawa ke pound PBT dan disuntik mati. Itulah kebiasaan yang sering didengari berlaku dalam negara ini. Penyakit Rabies antara alasan popular sering dijadikan senjata untuk menghalalkan pembunuhan anjing dan kucing gelandangan.

Masyarakat sering mengatakan Animal Malaysia hanya berdiam diri berhubung isu tembakan dan pembunuhan anjing gelandangan dan tangkapan kucing gelandangan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang semakin menjadi-jadi. Seolah-olah Animal Malaysia merestui tindakan tidak bertamadun tersebut.

Namun ramai tidak tahu bahawa Animal Malaysia sering menyuarakan dan memberi solusi bagaimana NGO boleh memainkan peranan dan boleh bekerjasama dengan PBT seluruh negara untuk mengambil jalan selamat dan langkah menang-menang antara tanggungjawab PBT terhadap masyarakat dan haiwan di negara ini.

Animal Malaysia sering membuka pintu perbincangan dengan agensi kerajaan serta kementerian berkaitan yang berperanan menguruskan haiwan domestik gelandangan seperti kucing dan anjing.

Sering juga didengari apabila ada komplen NGO terhadap tindakan PBT mematikan haiwan. Kedengaran suara orang kurang akal menyalahkan NGO yang bersuara mengapa tidak NGO sahaja yang mengutip anjing dan kucing gelandangan? Perlu diingatkan bahawa NGO bukanlah badan yang memiliki kuasa dan ada tempat dalam perlembagaan untuk menggantikan tugas dan kerja PBT. Animal Malaysia sentiasa buka peluang kerjasama dengan mana-mana PBT demi memberi kebaikan kepada haiwan-haiwan gelandangan sekiranya PBT perlukan bantuan dan kebersamaan orang awam.

Animal Malaysia sekali lagi melontarkan suara dalam akhbar The Star baru-baru ini mengenai pengurusan haiwan gelandangan anjing dan kucing.

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.