Go

Lawatan Mengejut Animal Malaysia Ke Kediaman Pemil..

 




Lawatan mengejut Animal Malaysia ke kediaman pemilik Kucing yang viral akibat dikurung dalam sangkar kotor penuh najis di Batu 13 Labu Hilir, Negeri Sembilan.

Animal Malaysia berharap agar insiden ini tidak berulang dan memberi pengajaran kepada pemilik serta seluruh keluarga ini supaya memelihara kucing dengan etika dan disiplin pengurusan haiwan yang tinggi.

Pemilik boleh merujuk mana-mana badan atau individu yang arif dengan soal pengurusan haiwan yang betul supaya kebajikan kucing dapat dipelihara.

Pemilik mengakui kesilapan dan kekurangan dalam pengurusan kebersihan haiwan peliharaannya namun berjanji bersedia mengubahnya untuk kebaikan kucing yang dipelihara agar kekal sehat dan selesa.

Animal Malaysia menasihati agar mana-mana pihak yang berdepan dengan isu kebersihan seperti ini melibatkan haiwan dengan jiran tetangga, keluarga, sahabat handai dan rakan sekampung supaya berani menegur dan menasihati mereka supaya menjamin hubungan baik dan membantu menyelamatkan nasib haiwan.

Sebarang khidmat nasihat untuk kes begini boleh whassapp ke +601120901097 atau aduan langsung ke pihak berkuasa melalui email di pro@dvs.gov.my

U. p : Sangkar kecil itu sebagai kuarantin sementara kerana dikhuatiri kucing pijak lantai belom kering yang dicuci dengan kimia klorok. Demi keselamatan kucing untuk elak keracunan. Kucing juga dipelihara secara indoor. Harap maklum.

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.