Go

Hari Ini Kecoh Mengenai Seekor Kucing Terkurung Ke..

 



Hari ini kecoh mengenai seekor kucing terkurung kebulur tanpa air minuman, makanan dan bergelumang dengan najis dalam kurungan bersendirian di sebuah rumah di Batu 13, Labu Hilir Negeri Sembilan walau rumah berpenghuni.

Kejadian dikatakan pemilik tidak bertanggungjawab yang mengurung kucing seperti dalam video ini sebenarnya banyak berlaku dan banyak laporan dikemukakan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Mengurung kucing dalam keadaan berlapar, sempit, kotor, bernajis, dan tidak terurus begini jelas menyalahi undang-undang namun jarang didengari pemilik diheret ke muka pengadilan dan didakwa. Kesannya pemilik tetap melakukan hal yang sama berulang-ulang.

Beberapa rescuer juga telah memaklumkan kepada Animal Malaysia untuk ke lokasi menyelamatkan kucing malang ini.

Animal Malaysia menasihati pihak DVS agar tidak berkompromi dalam kesalahan begini kerana kebanyakkan kematian haiwan dalam kurungan sebenarnya bermula dengan perbuatan zalim pengabaian begini. Rampas haiwan yang didapati dipelihara secara tidak berkebajikan begini dan dakwa pelaku supaya ia menjadi pengajaran kepada yang lain. Ini kerana kebanyakkan kes seperti ini hanya diambil tindakan nasihat dan amaran tanpa ketegasan. Pengakhirannya ianya berulang dan nasib mangsa iaitu kucing atau anjing tetap tidak berubah.

Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (1) (d) menyebut sebagai pemunya mana-mana haiwan atau, sebagai penjaga mana-mana haiwan di dalam kurungan, tidak atau cuai untuk menyediakan makanan, minuman atau tempat perlindungan yang mencukupi untuk haiwan itu;

(e) dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan, menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya, atau sebagai pemunya, membenarkan apa-apa kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada mana-mana haiwan;

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tidak lebih daripada tiga tahun.


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/5244637682904..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.