Go

Gurauan Tidak Bertempat Terhadap Kucing Begini Den..

 



Gurauan tidak bertempat terhadap kucing begini dengan memberi kucing meminum arak sehingga mabok dikategorikan sebagai zalim dan hanya dilakukan oleh manusia tidak berakal.

Jika di Malaysia perlakuan ini diklasifikasikan sebagai jenayah kezaliman haiwan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 Seksyen 29 (1) (e) dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan, menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya, atau sebagai pemunya, membenarkan apa-apa kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada mana-mana haiwan dan boleh apabila disabitkan, didakwa sehingga dijatuhi hukuman denda hingga satu ratus ribu ringgit dan/atau penjara maksimum tiga tahun.

Sekiranya berlaku kezaliman haiwan begini saksi boleh adukan terus kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia atau jika perlukan bantuan untuk laporan kepada pihak berkuasa atau campur tangan Animal Malaysia sila WhatsApp ke +601120901097. Maklumat peribadi anda dijamin rahsia.


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/1260145064109..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.