Go

Janganlah Diletupkan Hidupan Air. Ia Memusnahkan K..

 



JANGANLAH DILETUPKAN HIDUPAN AIR. IA MEMUSNAHKAN KESELURUHAN EKOLOGI DAN HAIWAN DIDALAMNYA.

Akta Kebajikan Haiwan 2015 dalam Kesalahan Penganiayaan Seksyen 29 (1) (k) menyebut mana-mana orang yang memasang dinamit, mengelektrikkan atau membubuh racun ke dalam mana-mana anak sungai, sungai atau jasad air yang lain bagi maksud untuk membunuh, menuai atau menangkap haiwan;

Melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Sila cam pelaku dalam video ini dan mohon sesiapa yang mengenali pelaku tidak bertanggungjawab ini menghubungi Animal Malaysia melalui WhatsApp +601120901097 dan terus menghubungi pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia melalui email di pro@dvs.gov.my mengenai salah laku aktiviti jahat ini sertakan link kejadian ini bersama.

Jika dibiarkan perbuatan berleluasa begini. Banyak hidupan akuatik akan musnah dan menjejaskan sistem ekologi kehidupan dalam air. Kasihan hidupan air di sungai ini menanggung penderitaan.

Nasihat Animal Malaysia ialah pancing sahaja yang mahu dimakan. Jangan tamak. Jangan aniaya kehidupan lain. Jadilah manusia berakhlak terhadap alam sekitar dan hidupan ciptaan tuhan.


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/2221022461329..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.