Go

Animal Malaysia Hari Ini Mengunjungi Beberapa Resc..

 




Animal Malaysia hari ini mengunjungi beberapa rescuer anjing mengagihkan bantuan makanan kepada pemilik shelter yang memerlukan bantuan makanan untuk anjing-anjing yang diselamatkan.

Sedikit sebanyak melalui bantuan ini dapat meringankan keperluan yang diperlukan oleh rescuer untuk menanggung anjing-anjing dalam simpanan mereka.

Selain bantuan orang ramai untuk menjayakan Food Program – Concern For Animals ini. Animal Malaysia juga berterima kasih kepada pengeluar makanan jenama Zoe kerana sudi menaja makanan anjing untuk Food Program ini.

Animal Malaysia mengajak masyarakat pencinta haiwan di seluruh negara agar sudi bersama menyumbangkan dana dan bantuan secara berkala atau secara berterusan bulanan agar Food Program ini berjaya dilaksanakan secara konsisten melalui agihan bulanan.

Bantuan yang boleh diberikan adalah merupakan makanan kucing dan anjing atau bantuan sumbangan kewangan. Setiap daripada kita membantu seorang sedikit akan dapat mengumpulkan satu jumlah yang besar.

Marilah beramai-ramai mengambil bahagian dan peranan demi memastikan kejayaan dan kelangsungan Food Program – Concern For Animals

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.