Go

Inilah 3 Ekor Bangkai Kucing Yang Dibunuh Kejam Se..

 




Inilah 3 ekor bangkai kucing yang dibunuh kejam secara memasukkan ke mesin basuh dobi di Desa Aman Puri Kepong Kuala Lumpur. Kesemua bangkai kucing malang ini telah di ambil oleh petugas Penyiasat dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVS) malam tadi kira-kira jam 10.30 malam. Ketiga-tiga bangkai kucing malang ini dibawa ke Makmal Forensik DVS di Shah Alam Selangor untuk siasatan.

Saksi telah membuat laporan Polis di Balai Polis Desa Jaya Kepong pada jam 10.30 pagi hari kejadian dan kelibat kehadiran Anggota Pasukan Penguatkuasaan DVS Negeri Selangor bertindak dilihat ke lokasi selepas 12 jam laporan dibuat. Terima kasih DVS Selangor kerana sudi turun ke lokasi untuk jalankan siasatan.

Untuk kes pembunuhan haiwan. Orang ramai dinasihatkan simpan dan bungkus rapi dalam bangkai haiwan dalam peti pembeku. Jika tiada pembeku. Masukkan bangkai dalam mana-mana kotak gabus atau bekas kedap udara dipenuhi ais supaya bangkai bukti tidak rosak sementara menunggu pihak DVS datang membuat siasatan.

Rujuk laporan Astro Awani :

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lagi-kes-kucing-mati-dimasuk-dalam-mesin-dobi-pakaian-250894

Rujuk laporan Berita Harian :

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/07/709945/kes-bunuh-kucing-di-dobi-berulang

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2020, PetFinder.my. All rights reserved.