Go

Pembunuhan Ngeri Kucing Dobi Kepong Bukan Hal Bias..

 




Pembunuhan ngeri Kucing Dobi Kepong bukan hal biasa dan tidak boleh dipandang ringan. Dakwaan segelintir golongan seolah-olah mengiyakan perlakuan ganas dan kejam ini sebagai satu perlakuan boleh maaf kerana alasan GILA adalah pandangan golongan tidak celik undang-undang.

Perlu diingatkan bahawa kebahayaan sikap agresif perlakuan orang yang dikatakan gila bakal berulang dan mungkin orang yang dibela dan dilaungkan gila ini boleh mengorbankan anak kecil dan orang dewasa selain haiwan.

Jika alasan GILA dijadikan pedoman untuk membela pelaku pengganas haiwan bagi meraih simpati. Maka negara ini tidak perlu undang-undang haiwan bagi membela nasib haiwan yang dizalimi. Jika ada kejadian pembunuhan haiwan secara sadis. Dikhuatiri semua Pengganas haiwan akan mengaku GILA bagi mendapatkan keistimewaan sewaktu dalam tahanan reman atau untuk elak ditangkap sebelum kes dibawa ke mahkamah dan diadili kebenaran status GILA pelaku.

Perlu diingatkan proses mengiktiraf GILA adalah ditentukan ketika penghujahan kes di Mahkamah. Arahan pemeriksaan kesihatan psikologi diperintah hakim melalui permohonan sewaktu pertuduhan berlangsung dan bukannya datang daripada kepercayaan individu seolah-olah memihak kepada keganasan haiwan.

Malaysia cukup Undang-Undang untuk mendakwa orang GILA yang buat jenayah. Pendakwaan tetap dijalankan tetapi perbicaraan dan Hukuman akan dibaca sekali di bawah Undang-Undang keistimewaan golongan GILA ini.

Jika penyakit GILAnya terbukti sah oleh penganalisis psikiatrik. Hukuman tetap berlangsung namun Pengganas haiwan GILA bakal disumbat di Hospital Mental untuk rawatan penyakit GILA supaya mengelak daripada berlaku kemudaratan awam yang lain.

Justeru Animal Malaysia menasihati segelintir golongan pembela pengganas haiwan supaya tidak mewar-warkan mengenai alasan GILA seolah-olah tiket untuk tidak menghukum pengganas haiwan. Hukuman tetap perlu berjalan namun kaedahnya berbeza.

ORANG BIASA KE PENJARA.

ORANG MENTAL DIKURUNG KE HOSPITAL GILA!

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2020, PetFinder.my. All rights reserved.