Go

Inilah Keadaan Kucing Jalanan Yang Jadi Mangsa Lan..

 




Inilah keadaan kucing jalanan yang jadi mangsa langgar lari Insiden pandu laju dan merempuhnya ketika sedang berehat di parking Razak Mansion, Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur tempoh hari.

Hari ini Animal Malaysia terpaksa mengeluarkan gambar keadaan kucing jalanan malang ini sebagai tatapan untuk menggesa pengadu dan merayu supaya pengadu segera buat laporan rasmi untuk membolehkan pelaku disiasat atas perbuatan melanggar kucing sama ada sengaja atau tidak sengaja. Sekurang-kurangnya kasihanilah nasib kucing jalanan yang lain dan zahirkan pembelaan (advocacy) terhadap kucing jalanan malang ini.

Pada 23 Julai 2020 lalu. Sebuah kereta jenis Nissan Almera berwarna kelabu dipandu seorang perempun Cina dirakam sengaja memecut laju kereta apabila melihat seekor kucing jalanan sedang berehat di kawasan parking Razak Mansion. Tanpa ihsan pemandu dilihat meneruskan perjalan setelah melanggar kucing malang ini. Sedikit bantuan tidak diberikan malah bangkai kucing jalanan yang mati selepas bertarung nyawa dibiarkan bergelimpangan tanpa dialihkan.

Rujuk video pelanggaran : https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1330034880537042/

Kita berharap dan menanti laporan rasmi segera dibuat! Siasatan perlu dijalankan dengan adanya laporan saksi.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.