Go

Service Dog Bernama 'Tho' Pergi Jua. Setelah Menan..

 




Service Dog bernama ‘THO’ Pergi Jua…😥🐕

Setelah menanggung kesakitan akibat sakit tua. Akhirnya anjing pengesan K9 bernama ‘Tho’ menghembus nafas terakhir pada 19/9/2020 lebih kurang 7.30 malam.

‘Tho’ yang berumur 12 tahun 8 bulan dilahirkan pada 30/1/2008 berkhidmat di seksyen K9 JSJ IPK Pahang pada 1/6/2018 yang mana sebelum ini berkhidmat di seksyen K9 JSJ IPK Johor.

‘Tho’ merupakan salah satu aset hidup PDRM yang juga memiliki pangkat sepadan dengan anggota mentornya yang merupakan “tuannya”. ‘Tho’ banyak menyumbang khidmat bakti dalam siasatan melalui pengesanan dan merupakan anjing pengesan bagi membantu kes narkotik di bawah seliaan anggota K9, Sarjan Patrick ak Sandai di dalam elemen D6 JSJ.

Selamat jalan Tho ke negeri abadi. JASAMU DIKENANG!

#ThoDalamKenangan

Sumber : JSJ Kontinjen Pahang

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.