Go

Kebanyakan Kawasan Pedalaman Tidak Mempunyai Pusat..

 




Kebanyakan kawasan pedalaman tidak mempunyai pusat pelupusan sampah. Ini menyebabkan sesetengah masyarakat menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah.

.

Selain itu, kawasan membangun seperti bandar turut mengalami masalah yang sama iaitu pencemaran sungai.. Dengan kewujudan #Covid19, pelitup muka pakai buang telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan harian kita. Namun begitu, terdapat sesetengah masyarakat yang tidak bertanggungjawab dengan membuang topeng muka terpakai dengan sebarangan.

.

Bayangkan topeng muka yang dibuang bertaburan di jalan raya, jatuh ke dalam longkang dan akhirnya mengalir ke dalam sungai. Hal ini bukan sahaja mengotorkan sungai tetapi juga mengancam kehidupan lain yang bergantung dengan sungai sekiranya mereka terjerat dengan topeng muka.

.

Usaha-usaha membuang sampah ke tempat yang betul dan disediakan bukannya kerja yang susah, ia hanya mengambil sedikit masa dan tenaga anda. Mari mempraktikkan cara pembuangan sampah yang betul.

.

#WorldRiversDay #HariSungaiSedunia #Sungai #CintaiSungaiKita #RiverConservation #Freshwater #NewDealforNatureandPeople #NewDealforNature #4Nature4Us

#WWFMY #WWF #Borneogramm

Source: https://www.facebook.com/wwfmy/photos/a.159457438241/1016026..



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.