Go

Kenyataan Media Berhubung Kematian Mengejut Wanita..

 




KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KEMATIAN MENGEJUT WANITA YANG DIDAKWA DISERANG ANJING DI DENGKIL

Insiden dakwaan wanita mati akibat serangan anjing jalanan semalam mengundang kemarahan pembenci anjing di negara ini.

Kejadian berlaku di Taman Baiduri Dengkil, Kampung Baru Dengkil, Sepang Selangor ini mengaitkan kesalahan anjing jalanan terhadap penyebab kematian seorang warga emas wanita yang menghidapnpenyakit jantung.

Tidak boleh dinafikan kematian wanita ini dikatakan akibat gangguan bunyi salakan anjing. Saksi yang merupakan penduduk berdekatan juga ada tampil mengesahkan ketika kejadian melihat wanita ini sedang berjalan dalam keadaan salakan anjing jalanan yang kuat. Wanita ini akhirnya rebah dan disahkan mati kerana serangan jantung ketika salakan anjing. Wanita ini bukan mati akibat serangan atau gigitan anjing dan tiada kecederaan atas alasan serangan dicatatkan.

Namun apa yang di kesalkan adalah insiden ini dijadikan alasan untuk pembenci anjing jalanan memusuhi dan terus-menerus menyalahkan semua anjing jalanan kerana didakwa mendatangkan keburukan dan kebahayaan kepada masyarakat.

Bagaimana pula jika seorang pesakit jantung melalui hdapan rumah pemilik anjing? Adakah anjing juga boleh disalahkan akibat menyalak dari dalam rumah kerana bersifat ‘defensive’ memelihara kepentingan harta tuannya? Adakah kematian pesakit jantung yang lalu dihadapan rumah yang mempunyai anjing juga adalah kerana kesalahan anjing menyalak?

Oleh itu apa yang boleh dirumuskan ialah ia merupakan satu kemalangan yang disebabkan bunyi bising dan ketakutan.

Undang-undang di Malaysia jelas menetapkan :

1. Segala hal yang melibatkan serangan anjing adalah satu kemalangan. Maka mangsa yang memiliki Insurance Kemalangan Peribadi atau insuran hayat boleh menuntut pampasan akibat kemalangan jika berlaku kematian, kecacatan menyeluruh kekal atau kecederaan yang ada manfaat perubatan. (Jika anjing bertuan/berpemilik. Beban tanggungjawab diletakkan kepada pemilik jika melibatkan serangan terhdap orang awam);

2. Segala hal melibatkan manusia menyerang anjing dan mencederakan anjing dengan sengaja tanpa alasan mempertahankan diri adalah jenayah kezaliman haiwan dan kebajikan anjing dilindungi di bawah dua akta utama iaitu Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013) manakala Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara jika disabitkan kesalahan.

Justeru insiden kematian dan kecederaan akibat kemalangan disebabkan anjing ini sama juga berlaku banyak kematian dan kecederaan malah kecacatan mangsa akibat terlanggar lembu ternakan berkeliaran dan angka mangsa akibat masalah langgar ternakan ini lebih besar dan banyak berlaku berbanding masalah serangan aniing.

Berita mangsa mati akibat rebah kerana jantung menurut saksi penduduk :

https://www.facebook.com/214066990599/posts/10158831713355600/

Rujuk post mangsa mati langgar lembu :

https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1373890489484814/

Arie Dwi Andika

Pengasas Animal Malaysia

Penganalisis Jenayah Haiwan Malaysia – MyAct

Kuala Lumpur @ 30/09/2020

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.