Go

Shelter Sayang-Sayang Kitten Garden Kena Berpindah..

 




Shelter Sayang-Sayang Kitten Garden kena berpindah segera. Pengasasnya Puan Sue Mayang dalam proses perpindahan. Tapak baharu telah ada dan tentunya memerlukan pembinaan rumah kucing yang selesa, teratur dan lengkap.

Puan Sue Mayang aktif melakukan kerja menyelamat kucing sakit, merawat dan setelah kucing-kucing sihat diserahkan kepada tuan baharu melalui pebagai program adoption yang dianjurkan.

Semua mahu melihat kebahagiaan dan mendengar cerita indah buat sang kucing jalanan yang malang. Kehadiran Puan Sue Mayang sebagai rescuer aktif menyelamat kucing adalah satu rahmat dalam dunia haiwan.

Justeru Animal Malaysia rayu supaya kita semua ramai-ramai bantu merealisasikannya. Jom cukupkan keperluan supaya Shelter Sayang-Sayang Kitten Garden dapat dizahirkan dengan sempurna.

Jom support usaha murni ini. Hulurkan seorang sedikit tidak kira sama ada RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100 atau berapa saja jumlah yang termampu untuk melengkapkan kos pembinaan Shelter anak-anak malang ini.

Semoga tuhan memberkati semua para penyumbang yang bersatu suara dan satu hati mahu memberi kebahagiaan buat anak-anak bulus jalanan ini. Jangan biarkan mereka sendirian!

UPDATE :

JUMLAH KUTIPAN 21/10/2020 – RM0.00

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.