Go

Rakyat Mengerti Anda Punya Kuasa. Cuma Nak Tahu Ta..

 




Rakyat mengerti anda punya kuasa. Cuma nak tahu tak ada cara lain lebih bijak dan berperikemanusiaan ke? Anda ada kuasa, ada peruntukkan kewangan, boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa veterinar, ada tempat, ada pocket land (tanah terbiar), ada kekuatan sumber. Semua yang anda ada boleh ubah nasib dunia haiwan.

Tapi jalan mudah juga nak digunakan. Apabila NGO bersuara menzahirkan kekesalan. Anda berteriak bertanya ‘kenapa NGO tak ambik semua haiwan ni bawak balik. NGO buat apa?” Tapi bila NGO atau rescuer buat shelter di rumah. Diberinya Notis Kacau Ganggu. Dirampasnya haiwan yang diselamatkan. Habes apa yang NGO dan rescuer nak buat? Kiri salah kanan salah. Katanya langgar undang-undang. Kacau ganggu.

NGO nak bagi tau satu jawapan kenapa NGO tak boleh buat kerja yang sepatutnya ia tanggungjawab sosial anda. Jawapannya ialah NGO tidak macam anda. Kuasa percuma, peruntukkan percuma, tempat percuma, pocket land tak ada. Cuba anda bagi pada NGO yang sudi bekerjasama. Beri mereka tugas dalam pantauan anda. Beri mereka sedikit hasil yang anda kaut dari rakyat, beri mereka pocket land untuk operasi. Pastinya beban tanggungjawab anda mudah dan ringan.

Takkan itu pon nak sepuluh kali ulang siar? Kalau anda merendah diri. Boleh guna otak dan buang ego mahu dengar rintih rakyat yang beri amanah dan tanggungjawab jaga masyarakat. Kerja anda mudah. Rakyat happy. Nasib haiwan tidak terzalimi. Semua dapat manfaat.

Itu pun kalau anda-anda semua yang bergaji bulanan hasil rakyat sama ada mahu terima pendapat dan pandangan atau tidak. Kalau tak mahu. Kalau sombong. Kalau rasa ada kuasa. Teruskanlah jadi zalim. Rakyat penat bercakap. Nanti bila banyak bercakap dikatakan pandai bercakap tapi tak boleh buat apa-apa. Memanglah tak boleh buat apa-apa. Selagi orang yang diberi amanah dan tanggungjawab tak ada hati,jiwa dan menghargai nyawa ciptaan tuhan.

Lantak korang lah nak buat apa. Rakyat muak dan menyampah. Makanlah gaji tu bulan-bulan dan buat apa korang suka.

Nasib rakyat dapat pentadbir yang jenis ambik jalan mudah!

STOP ANIMAL CRIME!

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #stopanimalcrime #cruelty #animalcruelty #saveourstray #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimalcrimetransparency #myact #animalcrime #crime

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2020, PetFinder.my. All rights reserved.