Go

Seekor Anak Kucing Yang Cedera Parah Mati, Seekor ..

 


Seekor anak kucing yang cedera parah mati, seekor lagi anak kucing lemah mana kala ibunya selamat akibat perbuatan seorang Penunggang motorsikal yang lempar tiga ekor kucing dari atas motor sedang bergerak. Pelaku yang tidak berperikemanusiaan ini kini diburu pihak berkuasa.

Rakaman CCTV salah sebuah premis menunjukkan jelas nombor pendaftaran motorsikal pelaku. Kejadian dikesan berlaku sekitar jam 2 petang pada 17 November 2020 lalu. Kejadian dilaporkan berlaku di lorong belakang shop lot Jalan ST Permai 2, Taman Sri Tuah Permai, Durian Tunggal, Alor Gajah Melaka.

Animal Malaysia menerima aduan perbuatan kejam ini pagi tadi. Pembuangan kucing secara haram adalah satu perbuatan jenayah apatah lagi kucing yang dilempar begini mengalami kecederaan atau kematian sewaktu pembuangan. Pelaku boleh didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana perbuatan menzalimi kucing.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka telah dimaklumkan mengenai kes ini dan satu siasatan segera akan dijalankan berdasarkan maklumat serta bukti yang dikemukakan oleh pengadu.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.