Go

Seekor Kucing Jalanan Parah Disyaki Terkena Tembak..

 



Seekor kucing jalanan parah disyaki terkena tembakan pistol angin. Dua das tembakan mengenai tubuh kucing berdasarkan dua kesan lubang bekas peluru yang hinggap pada badan kucing. Kucing ini dikejarkan ke sebuah klinik veterinar berhampiran oleh saksi yang melihat kejadian.

Saksi sempat bertengkar dengan individu yang dilihat cuba menyakiti kucing ini untuk mendesak pelaku melepaskan kucing tersebut. Pelaku akhirnya akur dengan desakan saksi dan kucing segera dihantar ke klinik veterinar berdekatan. Kucing dilaporkan stabil walau pun parah dan doktor berusaha merawat dan menyelamatkan nyawanya. Keadaan kucing masih dipantau untuk memastikan mangsa malang ini dapat hidup.

Kejadian pada hari Selasa sekitar jam 2.00 petang berlaku di Island Glades, Pulau Pinang didakwa bukan pertama kali. Kezaliman dan penganiayaan kucing jalanan di kawasan ini berulang kali berlaku namun ia tidak dapat dibukti. Kali ini saksi mengintip untuk mengetahui perbuatan siapa yang sering mencederakan kucing dan rakaman dibuat hingga berjaya mengenal pasti pelaku yang memangsakan beberapa ekor kucing hingga cedera sebelum ini.

Animal Malaysia telah memajukan kes ini kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Ibu Pejabat di Putrajaya untuk siasatan dan tindakan DVS di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Semoga keadilan untuk kucing malang yang cuba dibunuh ini terbela.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/3781251234404..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.