Go

Selamat Pagi Kepada Semua Pembenci Anjing. Semoga ..

 




Selamat pagi kepada semua pembenci anjing!

Semoga jiwa kalian semua ditiupkan ketenangan, belas ihsan dan kemanusiaan oleh tuhan.

Jangan suka sangat bergaduh dengan kaum anjing. Kami hanya haiwan yang dilabel haram dan najis yang lemah. Tapi tak mengapa. Jangan zalimi kami. Jangan buli kami dan jangan bunuh kami hanya kerana sekor dua kawan kami yang buat salah. Jangan hukum kami semua sama rata.

Terima kasih kepada kerajaan yang buat Akta Kebajikan Haiwan 2015 untuk kami. Menganiya dan membunuh kami sesuka hati berat hukumannya.

Penjara minimum 1 tahun dan maksimum 3 tahun.

Denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000

Semoga semua pembenci anjing yang tuhan takdir jadi manusia dan dianugerah akal dan hati dapat gunakan ke arah kemanusiaan dan kebaikan.

Kami kaum anjing mendoakan para pembenci anjing semoga dikurniakan iman dan hati nurani yang suci, bersih dan ikhlas dalam hidup supaya kalian tidak disama tarafkan seperti kami nanti.

Yang benar dan mengasihi,

Doggiwedigiwewe

Presiden

Persatuan Hanjeng Menganjeng Semelaysia (PAHAMS)

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.