Go

Slow Lorris Nycticebus Atau Nama Melayunya Kongkan..

 




Slow Lorris (Nycticebus) atau nama Melayunya Kongkang merupakan haiwan liar spesis terancam dalam Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Kini haiwan spesis Primate ini banyak keluar habitat akibat salah satunya ialah rasa tidak selamat kerana hutan tempat tinggalnya sudah terang dan tiada punca makanan.

Keadaan ini memaksa Slow Lorris @ Kongkang berada dalam kelompok masyarakat. Gambar ini dirakam oleh pengirim yang memaklumkan melihat haiwan liar ini berlegar atas kabel elektrik tanpa arah di kawasan kediamannya. Lokasi keberadaan Kongkang ini terpaksa dirahsiakan demi keselamatan si Kongkang.

Orang ramai yang terjumpa Kongkang di tempat masing-masing dirayu supaya tidak mendekati. Menangkap atau mencederakannya. Jika keadaan memerlukan mohon hubungi pihak PERHILITAN negeri masing-masing untuk memindahkan Kongkang ke Pusat Konservasi Hidupan Liar supaya ia dapat dilepaskan di hutan bersesuaian habitatnya yang masih ada.

“SAVE OUR ANIMALS”

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2021, PetFinder.my. All rights reserved.