Go

Shelter Terpinggir Tiada Siapa Tahu Milik Individu..

 




SHELTER TERPINGGIR TIADA SIAPA TAHU MILIK INDIVIDU O.K.U BERNAMA NAJIB

Saudara Najib dari Felda Serting Hilir, Jempol Negeri Sembilan adalah seorang rescuer berstatus OKU Fizikal. Dia memiliki hampir 70 ekor kucing jalanan yang diselamatkan di bawah seliaannya secara sukarela walau dalam serba kekurangan.

Dia kini sedang membina sebuah pondok kucing untuk keselesaan kucing-kucing yang ditempatkan di kediamannya. Ini bermakna konsep lepas bebas dalam sangkar bakal dinikmati kucing-kucing tersebut.

Saudara Najib memohon bantuan Animal Malaysia sejumlah amoun untuk pembelian barangan pembinaan shelter pondok kucingnya dan Animal Malaysia telah memberi bantuan seperti yang diminta pada awalnya.

Namun Saudara Najib masih kekurangan sebanyak RM1,000.00 untuk melengkapkan kerja pembinaan pondok shelter termasuk upah gaji buruh yang membangunkan binaan shelter tersebut. Bantuan juga boleh digunakan untuk menggalakkan pemandulan terhadap kucing dewasa sebagai langkah pengawalan pembiakan.

Justeru Saudara Najib merayu bantuan kewangan untuk menjayakan hasratnya melihat anak-anak bulus seliannya menikmati hidup selesa. Saudara Najib mewakilkan Animal Malaysia untuk membolehkan bantuan dihulurkan dan dipantau perkembangan pembinaan shelter tersebut.

Mana-mana pihak yang berhasrat membantu Saudara Najib menjayakan pembangunan Shelter Najib boleh turut bersama-sama seorang sedikit mencukupkan jumlah RM1,000.00 supaya kerja pembangunan shelter ini bakal terialisasi. Cukup jumlah yang dihajatinya, Animal Malaysia akan menyerahkan kepada Saudara Najib.

Sumbangan boleh dihulurkan ke akaun berikut :

Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

No. Akaun : 105380001899

Nama Bank : Affin Bank Berhad

Reference : ‘Shelter Najib’

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.