Go

Hentikan Kempen Selamatkan Harimau Malaya Dan Sela..

 




[ KEMPEN SELAMATKAN HARIMAU MALAYA DAN SELAMATKAN HAIWAN LIAR BERNILAI JUTAAN RINGGIT KINI TIDAK LAGI BERGUNA DAN USAHA SIA-SIA ]

Kebanyakan NGO dan agensi kerajaan seperti Perhilitan dan FRIM bertungkus lumus mengadakan kempen kesedaran, kempen konservasi dan pemuliharaan spesis flora dan fauna malah menghabiskan jutaan wang ringgit untuk memastikan kesinambungan spesis terancam selamat daripada kepupusan.

Namun di satu pihak lain iaitu kerajaan negeri melalui Menteri Besar dan agensi Jabatan Perhutanan negeri sewenang-wenangnya meluluskan banyak permit pembalakan dan penerokaan hutan atas alasan pembangunan. Setelah penebangan hutan secara berleluasan dan tanah menjadi gondol, alam rosak, khazanah alam seperti sungai dan spesis tumbuhan serta haiwan liar musnah. Negara tetap tidak maju malah ramai penduduk miskin dan masih dikepompong sama.

Tanah hutan yang digondolkan terbiar lopong menyebabkan bencana banjir besar akibat ketiadaan kawasan tadahan hujan serta sungai menjadi cetek kerana limpahan pasir menimbus sungai menjadi cetek.

 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.