Go

Sangkar Kecil, Kotor, Terdedah Kepanasan, Penyakit..

 




[ SANGKAR KECIL, KOTOR, TERDEDAH KEPANASAN, PENYAKIT TIADA RAWATAN, KURANG MAKANAN ANTARA KEZALIMAN KEDAI PENJUAL HAIWAN PELIHARAAN ]

Banyak laporan mengenai kecurangan pengurusan haiwan peliharaan yang mahu dijual tanpa memelihara kebajikan haiwan sewaktu dalam pameran pemilik kedai peliharaan.

Hal ini pwrlu dititikberatkan oleh pihak berkuasa terhadap hak kebajikan haiwan seperti yang telah disyaratkan dalam peraturan-peraturan Akta Kebajikan Haiwan 2015. Hanya sekadar amaran demi amaran tanpa disusuli tindakan tegas juga tidak mendidik peniaga kedai haiwan peliharaan. Malah peniaga yang memikirkan keuntungan sahaja seolah-olah mencabar kewibawaan pihak berkuasa veterinar yang dikatakan lemah dalam menjalankan kerja pemantauan.

Tidak boleh hanya menunggu dan bergantung laporan daripada masyarakat. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap penjualan haiwan domestik seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan penjualan haiwan liar di bawah Jabatan Perlindungan dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) perlu lebih proaktif menjalankan kerja penguatkuasaan terhadap pelanggaran hak kebajikan haiwan sewaktu dalam simpanan kedai peliharaan sementara menunggu haiwan berjaya dijual.

Jangan diamkan keculasan peniaga haiwan yang tidak jaga kebajikan haiwan peliharaan jualan. Kembalikan hak kebajikan haiwan seperti digariskan oleh pihak berkuasa haiwan.

1. Hak makanan dan minuman yang cukup dan sesuai.

2. Hak kebebasan daripada kesakitan, kecederaan dan penyakit.

3. Hak kebebasan daripada ketidak selesaan.

4. Hak kebebasan daripada ketakutan dan penderitaan.

5. Hal kebebasan untuk memperlihatkan tingkah laku/perwatakan yang normal.

Bersama banteras jenayah haiwan. Kongsikan kes jenayah haiwan anda ke www.wasap.my/+60105394749 atau www.animalmalaysia.com/report-animal-crime

Butiran peribadi pengadu adalah rahsia.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1666452543561..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.