Go

Pekerja Hotel Maut Langgar Lembu

 


[ MAUT LANGGAR LEMBU, KERBAU DAN KAMBING BERTUAN YANG BERKELIARAN MENINGKAT TANDA PIHAK BERKUASA VETERINAR DAN PBT GAGAL]

Masalah kemalangan maut melibatkan kerbau, kambing dan lembu berpemilik yang berkeliran tanpa ada satu garis panduan ternakan dan peliharaan dalam undang-undang khusus haiwan menyebabkan kebanyakan kes mati, cacat dan cedera parah mangsa gagal dirujuk kemana-mana penanggungjawab.

Akibatnya sukar mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik dan kebanyakan kes pemilik gagal dikesan kerana tidak mahu mengaku. Apatah lagi kaedah siasatan tidak kompeten dan amat ketinggalan sejak dari dahulu lagi. Malah negara memiliki jumlah penyiasat kes melibatkan haiwan yang amat terhad dan bukan dalam disiplin ilmu penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang.

Lebih mendukacitakan statistik maut dan kemalangan bertambah saban tahun. Sistem ternakan yang ada menunjukkan kelemahan yang tidak pernah ada usaha memperbaikinya oleh pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).

Undang-undang yang ada seperti melepaskan batuk di tangga. Hukuman terhadap pemilik tidak berbaloi dan terlalu ringan jika hendak dibandingkan dengan kesengsaraan dihadapi mangsa atau keluarga tinggalan mangsa yang terlanggar lembu, kambing dan kerbau berkeliaran di jalan raya.

Sampai bila sistem begini akan kekal dalam negara yang sudah merdeka selama 64 tahun ini?

Bersama banteras jenayah haiwan. Kongsikan kes jenayah haiwan anda ke www.wasap.my/+60105394749 atau www.animalmalaysia.com/report-animal-crime

Butiran peribadi pengadu adalah rahsia.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

https://bit.ly/3HHcZka?fbclid=IwAR0durriDiYaqZwtEYeb_simhXO-S4edzKwQRp7TXISX_WrR8R7t7qvyov4



MELAKA – Seorang pekerja hotel maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor lembu dalam kejadian di Jalan Simpang Bekoh – Rim Jasin, pada awal pagi Rabu.

Source: https://bit.ly/3HHcZka



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.