Go

3000kg Makanan Kucing Untuk Pemilik Kucing Mangsa ..

 




[ 3000KG MAKANAN KUCING UNTUK PEMILIK KUCING MANGSA BANJIR DI SELANGOR DAN PANTAI TIMUR DISEDIAKAN. PROGRAM BANTUAN BANJIR DITERUSKAN ]

Belum pun selesai kepenatan dan kerugian yang telah di alami oleh mangsa banjir di Hulu Langat, Taman Sri Muda Shah Alam dan Padang Jawa di Klang. Banjir besar melanda dijangka bakal berulang.

Animal Malaysia berharap lebih ramai korporat dan syarikat makanan kucing turut bersama mengedarkan pek makanan kucing untuk pemilik kucing dan anjing yang terlibat banjir besar supaya dapat meringankan bebanan mereka dalam aspek kebajikan kucing peliharaan mereka sepanjang tempoh pembersihan kawasan rumah yang ditenggelami air dan lumpur.

Terima kaseh juga kepada Rania Pet Care atas sumbangan makanan Neco dan Animal Malaysia akan mengagihkan bantuan makanan kucing melalui team yang akan bergerak mengikut lokasi yang ditetapkan.

Semoga lebih banyak bekalan makanan kucing dan anjing dapat dikumpulkan sama ada dibeli sendiri oleh Animal Malaysia atau disumbangkan oleh semua rakyat Malaysia.

Apa yang penting Animal Malaysia ambil peranan walau sekecil yang termampu supaya semua daripada kita dapat membahagiakan haiwan seperti kucing dan anjing di negara ini.

Bersama banteras jenayah haiwan. Kongsikan kes jenayah haiwan anda ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

Butiran peribadi pengadu adalah rahsia.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1699269946946..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.