Go

100 Kucing Mangsa Rumah Ranap Tanah Runtuh Sungai ..

 




[ 100 KUCING MANGSA RUMAH RANAP TANAH RUNTUH SUNGAI PENCHALA BERUNTUNG TERIMA BANTUAN MAKANAN KUCING NECO CAT PREMIUM SALMON ]

Dalam keriuhan berhadapan banjir besar baru-baru ini yang menenggelamkan rumah di beberapa negeri. Ramai tidak sedar terdapat lebih 94 rumah rosak teruk yang mana 24 rumah daripadanya ranap total tertimbus tanah akibat bencana tanah runtuh di Kampung Palimbayan 121 keluarga melibatkan 420 individu mangsa terjejas keseluruhan.

Secara keseluruhannya Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 Segambut bertanggungjawab penuh menguruskan lebih 100 ekor kucing di Kampung Palimbayan Sungai Penchala yang kini berkeliaran tanpa bertuan dan tidak berumah akibat pemilik kucing rata-rata adalah mangsa timbunan tanah runtuh.

Petang tadi Presiden Arie Dwi Andika menyampaikan 30 beg makanan kucing 10kg tajaan Neco Cat Premium Salmon keluaran Rania Tampoi kepada Datuk Mahadhir Sulaiman Ketua UMNO Bahagian Segambut mewakili MPP Sub Zon 2 bersama Tuan Haji Ali Jaafar Pengerusi MPP Sub Zon 2.

Bekalan yang diserahkan tersebut dijangka hanya mampu menampung kehidupan keseluruhan kucing dalam pengurusan MPP selama sebulan di mana 10kg diperlukan setiap hari.

Pihak berkuasa menjangkakan kerja-kerja pembersihan dan meratakan tanah memerlukan masa selama dua hingga tiga bulan lagi. Animal Malaysia turut merayu bantuan perubatan veterinar untuk kucing-kucing bernasib malang di Kg Palimbayan Sungai Penchala ini memandangkan kebanyakannya sakit, berkurap dan selesema berkemungkinan tiada tempat berteduh yang khusus.

Kepada Yang mahu bersama hulurkan lebih banyak bantuan makanan kucing untuk kucing mangsa bencana boleh terus hantar ke Galeri Animal Malaysia atau hubungi Animal Malaysia di www.wasap.my/+60105394749.

Bantuan kewangan untuk bantuan kucing terlibat bencana boleh salurkan ke :

Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

No. Akaun : 8604048212

Nama Bank : CIMB Bank Berhad

Reference : Bantuan Kucing Bencana

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1709115372628..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2022, PetFinder.my. All rights reserved.