Go

Persatuan Haiwan Malaysia Mahu Jpv Tangani Kes Kekejaman Haiwan | Harian Metro

 


[ MASYARAKAT PENCINTA HAIWAN KESAL PENJENAYAH KES BUNUH KUCING SECARA TEMBAK MATI HANYA DIDENDA RM5,000.00 ]

Hanya kerana kucing kebuluran makan ayam peliharaannya seorang lelaki tua berusia 65 tahun sanggup bunuh kucing jantan tersebut dengan menggunakan senapang patah miliknya. Ini menunjukkan bahawa pembunuh ini hilang pertimbangan diri dan boleh juga membahayakan masyarakat jika berhadapan dengannya.

Namun pembunuh kucing ini hanya menerima hukuman denda RM5,000.00 sahaja atas perlakuan yang membolehkan timbul ketakutan dan rasa cemas orang ramai selain meragut satu nyawa makhluk lemah tidak bersalah bernama kucing.

Seharusnya kes jenayah haiwan yang berat begini tidak boleh lagi menggunakan Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman terlalu ringan buat penjenayah haiwan. Sebaliknya kes perlu disiasat dan didakwa mengguna pakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 memandangkan akta ini memperuntukkan hukuman lebih berat iaitu penjara maksimum 3 tahun dan denda maksimum RM100,000.00.

Rujuk fakta kes :

https://hm-app.hmetro.com.my/sJaSLrrcTJSbxNK5A

Kongsikan kes jenayah haiwan ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/04/829099/persatuan-haiwan-malaysia-mahu-jpv-tangani-kes-kekejaman-haiwan



Kuala Lumpur: Persatuan Haiwan Malaysia mahu kes jenayah atau kekejaman terhadap haiwan ditangani Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) supaya Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap penzalim dapat diguna pakai.

Source: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/04/829099/persatuan-..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.