Go

Masalah Lambakan Kucing Jalanan Tidak Akan Selesai..

 




[ MASALAH LAMBAKAN KUCING JALANAN TIDAK AKAN SELESAI SELAGI TIADA KEWAJIPAN PEMANDULAN ]

Setiap tahun ada sahaja kes pembunuhan kucing jalanan. Dijerut leher dan ditangkap oleh pihak berkuasa, diracun mati oleh masyarakat tiada tanggungjawab, malah aktiviti penyerahan kucing meningkat apabila menjelang musim cuti perayaan.

Justeru Peraturan Pemandulan Haiwan Peliharaan (khusus Kucing & Anjing) perlu diperkenalkan kepada pemohon lesen yang merupakan pemilik haiwan peliharaan bukan kategori pembiak untuk mengelakkan pembiakan yang tidak bertanggungjawab yang kebanyakan berakhir di jalanan.

Di Galeri Animal Malaysia ada lebih 70 ekor kucing pelbagai baka menanti pemilik baru. Kesemua kucing-kucing ini adalah asal jalanan yang dahulunya mungkin bertuan ditemui dalam keadaan uzur dan kurus kering. Namun setelah diselamatkan, dirawat dan dimandulkan kesemua kucing ini menjadi gebu dan cantik.

Galeri Animal Malaysia membuka ruang adoption kepada sesiapa berhajat mengambil kucing sebagai peliharaan di rumah.

👍 Adoption dibuka

👍 Sukarelawan (volunteer) dialu-alukan

👍 Pengunjung & pelawat diraikan

👍 Bermain kucing sambil menikmati kopi lazat

👍 Dibuka setiap Selasa – Ahad ( 11.00 pagi – 6.00 petang )

#cat #kucing #galeri #animal #malaysia #adoption #stray #volunteer

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1769205669953..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.