Go

Boarding Kucing Mampu Bayar Memudahkan Percutian P..

 




( BOARDING KUCING MAMPU BAYAR MEMUDAHKAN PERCUTIAN PEMILIK DI MUSIM PERAYAAN )

Mood raya sudah tiba. Maka berpusu-pusu orang mencari tempat boarding untuk kucing kesayangan yang hendak ditinggalkan sewaktu beraya nanti. Tahun ini julung kali Galeri Animal Malaysia menguruskan hampir 100 ekor kucing berpemilik yang datang boarding. Langkah ini sebagai menjaga keselamatan kucing-kucing berpemilik ditinggalkan sempena musim perayaan.

Rata-rata pemilik kucing ini tidak mendapat tempat di pet hotel kerana kekangan ruang. Justeru tahun ini julung kalinya pengurusan Galeri Animal Malaysia ( AMG ) memutuskan menawarkan ruang boarding harga mampu bayar untuk pemilik kucing. Tidak disangka-sangka sambutan amat menggalakkan.

Keselamatan dan perlindungan menjadi keutamaan sesuai dengan Dasar Kebajikan yang didukung. Sangkar standard jangka pendek bersaiz dua kaki dengan para tempat tidor memadai buat si comel kesayangan berteduh sementara dengan jaminan makan minum mencukupi serta kebersihan yang maksimum.

Selain langkah keselamatan meminimumkan penyakit berjangkit, kecederaan akibat pergaduhan dan mengurangkan stress kucing sepanjang menginap di sini juga diambil kira. Itulah beberapa langkah mitigasi cuba diimplementkan dalam memelihara kepercayaan dan keyakinan pemilik kucing.

Pilihan penggunaan pasir Tofu jenama Izzlisha Majesty – Cat Litter, Cat Hotel & Spa juga bertujuan untuk mengurangkan risiko keracunan akibat tertelan pasir yang mengandungi kimia selain makanan super premium dan jenama Neco Cat Salmon dihidangkan buat anak-anak bulus dalam jagaan di galeri.

Semua ini tidak dirancang. Dan ia kejutan saat akhir kerana ramai bertanya mengenai servis boarding. Jika diizinkan tuhan. Perkhidmatan ini akan dinaiktaraf dari semasa ke semasa demi keselesaan dan kebajikan kucing yang meninap di sini.

#kucing #cat #boarding #galeri #animals #Malaysia #catboarding

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1781095975430..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.