Go

Selain Vaksinasi Dan Pemandulan. Setiap Kucing Yan..

 




Selain vaksinasi dan pemandulan. Setiap kucing yang berada di Galeri Animal Malaysia akan dinyah kutu (deflea), diberi ubat cacing (deworm), dipotong kuku dan dibersihkan telinga daripada hama (earmites cleansing).

Ia sebagai satu langkah untuk meminimumkan risiko penyakit berjangkit dan mengutamakan kesihatan serta kebersihan terhadap kucing yang bersedia untuk menemui tuan baru.

Terima kaseh Presiden Arie Dwi Andika turun ke lapangan membelek dan turut melakukan kerja pembersihan fizikal kucing yang berada di Galeri Animal Malaysia.

Kebersihan dan kesihatan adalah dua asas penting yang menjadi amalan Galeri Animal Malaysia. Selain itu kerja fumigasi dijalankan secara berkala setiap minggu sebagai langkah kawalan penyakit berjangkit bawaan virus dan kuman.

Terima kaseh atas perhatian dan sokongan semua kepada Galeri Animal Malaysia. Adoption kucing sentiasa terbuka. Orang ramai yang sudi adopt kucing di Galeri Animal Malaysia boleh walk in dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.

#cat #kucing #donation #adoption #galeri #animal #malaysia #stray #charity

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1801829530024..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.