Go

Sekalung Penghargaan Buat Kumpulan Sukarelawan Hou..

 




Sekalung penghargaan buat kumpulan sukarelawan House of Muezza yang menjalani kerja sosial seharian membantu kucing-kucing penghuni Galeri Animal Malaysia pada 28 Mei 2022 siang tadi.

Mereka adalah kumpulan mahasiswa Ijazah Kedoktoran Perubatan Medical Bachelor and Bachelor Surgery (MBBS), Ijazah Sarjana Muda Bomedical Science, Biomedical Engineering, Farmasi dan Ecology & Biodiversity dari Universiti Malaya

Kehadiran mereka didedahkan dengan modul Pengurusan Haiwan Jalanan dan kerja lapangan sebenar tentang menyelamat dan mengendalikan kucing secara menyeluruh selain penekanan tentang kebersihan persekitaran kucing dan kesihatan umum.

Terima kaseh kerana sudi mengunjungi Galeri Animal Malaysia san melihat sendiri dengan mata kepala perjalanan dan khabar kucing di Galeri Animal Malaysia.

Galeri Animal Malaysia sentiasa menerima kehadiran tetamu, sukarelawan dan sesiapa yang mahu melawat kucing-kucing di galeri ini setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.

#cat #kucing #donation #adoption #stray #galeri #animal #malaysia #charity #universitimalaya

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1802543046619..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.