Go

Terima Kasih Dan Setinggi Penghargaan Atas Kegigih..

 



Terima kasih dan setinggi penghargaan atas Kegigihan para mahasiswa Kumpulan 6 – Kursus UPU3412 Keusahawanan Universiti Pendidikan Sultan Idris memilih kerja membantu usaha Galeri Animal Malaysia melalui Kempen ‘Sayangi Kucing Jalanan’ yang dianjurkan oleh mereka.

Tengah hari tadi wakil kumpulan ini hadir bersama beberapa ahli yang lain turut menyampaikan sumbangan hasil daripada sepanjang kempen yang dianjurkan untuk kucing jalanan di Galeri Animal Malaysia.

Semangat dan bakti begini amat dialu-alukan dan ia merupakan tanda aras bahawa ramai mahasiswa di luar sana ramai perihatin mengenai nasib kucing jalanan.

Terima kaseh diucapkan kepada semua mahasiswa UPSI yang terlibat untuk program yang bermanfaat ini.

Daripada :

Pengurusan

Persatuan Haiwan Malaysia

04 Jun 2022 / Sabtu

Galeri Animal Malaysia terbuka kepada pengunjung setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Terus walk in ke :

Galeri Animal Malaysia

No.5 Jalan Balam

Taman Million

51100 Kuala Lumpur

#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray


Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/videos/14..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.