Go

Pemberian Bantuan Makanan Kucing Diberi Kepada Pen..

 




Pemberian bantuan makanan kucing diberi kepada penerima layak, terpilih dan diakui Animal Malaysia sebagai shelter dan rescuer yang aktif serta genuine membantu kucing-kucing jalanan dan bergerak dengan telus. Selain itu bantuan paket kecil sekilo juga terbuka kepada pemilik kucing memerlukan dan pengambilan hanya di Galeri Animal Malaysia telah dijalankan beberapa bulan lalu hingga awal Jun tempohari.

Jutaan terima kaseh kepada Rania Tampoi pemilik produk jenama Neco Pet Care yang juga pemilik rangkaian Rania Pet Shop atas jasa baik menginfak dan menzakatkan sebanyak 300 beg makanan jenama Neco Cat Salmon dan memberi kepercayaan kepada Persatuan Haiwan Malaysia mengagihkan bagi pihaknya.

Satu usaha yang sangat membantu kucing jalanan dengan pengedaran bantuan makanan kucing kepada pelbagai pihak yang terlibat dengan usaha membantu memberi makan kucing jalanan dan kucing-kucing di shelter milik penerima.

Semoga usaha ini akan dapat dilakukan lagi dan didoakan supaya rangkaian perniagaan Neco Cat Kingdom bertambah maju dengan sokongan semua pembeli dan lebih banyak lagi zakat makanan kucing boleh dikeluarkan dan diperpanjangkan pada masa akan datang.

Bagi yang mahu menyokong usaha Neco Pet Care boleh lakukannya di shopee.com.my/necocat.official atau layari www.neco.my

#cats #kucing #stray #charity #animals #malaysia #welfare #domesticanimal

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1813165872223..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2022, PetFinder.my. All rights reserved.