Go

Anjing Ini Adalah Anjing Komuniti. Dia Tidak Mengg..

Anjing ini adalah anjing komuniti. Dia tidak mengganggu orang ramai. Cuma kehadirannya di tempat golongan tidak suka anjing. Golongan yang meletakkan dalam pemikiran bahawa anjing sebagai ganas, anjing mengancam nyawa, anjing haram dan anjing membahayakan. Padahal anjing ini dari kecil hingga sebesar ini berada dalam komuniti dan kelompok yang sama di Lokasi PJS5/6 , Taman Desaria, Jalan Klang Lama, 46000, Selangor sehingga hari dia dibunuh secara tragis iaitu racun.

Hari ini anjing ini pergi meninggalkan dunia yang kejam ini. Belum ada sejarah kematian manusia mahu pun kecederaan manusia disebabkan anjing ini. Seperti mana ada manusia yang boleh menjadi kejam membunuh anak isteri atau mak ayah sendiri. Anjing juga ada yang nakal ada juga sebenarnya amat memahami manusia. Namun bagi anjing ini yang sering menjaga tatatertib dengan penduduk lain di tempat dia bermastautin. Anjing ini akhirnya tewas ke tangan kelompok pembenci anjing.

Kejadian hari ini merupakan pembunuhan kejam tidak berperi kemanusiaan. Anjing ini diracun dan berada dalam keterseksaan yang amat mengerikan dan menyayat hati.

Sesiapa ada melihat kejadian pembunuhan kejam meracun anjing yang hanya mahu makan akibat kebuluran ini diminta tampil menjadi saksi supaya pembunuh yang melakukan jenayah pembunuhan haiwan ini dapat dipertanggungjawabkan atas jenayah haiwan pembunuhan yang dilakukan. Video saat kematian anjing ini tidak dapat disiarkan kerana ia amat kejam… kejam…kejam dengan keadaan merana dan sengsara yang begitu dahsyat.

Kepada tuhan diserahkan segala urusan pembalasan terhadap penganiayaan dan kekejaman anjing tidak berdosa ini.

Laporkan kes jenayah haiwan domestik ke awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151.

Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/photos/a…

Facebook Comments

Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.