Go

Tiga Kucing Malang Ini Antara Kucing Yang Diselama..

 




Tiga kucing malang ini antara kucing yang diselamatkan penyelamat akibat ditangkap dan dibungkus rapi dalam guni di Springville Apartment Ukay Perdana 1.

Rujuk post tangkapan dan disumbat dalam guni :

https://fb.watch/fOIGlnaFhb/

Mereka semua serta rakan-rakan lain telah dibawa dan diselamatkan oleh penyelamat kucing daripada mengalami nasib buruk.

Penyelamat yang menguruskan kes berkenaan telah melakukan segala prosedur undang-undang pada hari yang sama dan pihak berkuasa juga telah hadir ke lapangan di mana ketika kucing-kucing malang tersebut masih berikat tersumbat dalam guni.

Apa pon dakwaan dan helah penafian pihak pengurusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang didakwa bertanggungjawab terhadap perbuatan disifatkan zalim dan kejam tersebut. Semua video perlakuan, perbualan antara pengurus yang mengarahkan kakitangan melakukan perbuatan tersebut dan rekod perbualan hingga berlakunya kezaliman dan kekejaman tersebut telah direkodkan dan disimpan sebagai bukti kukuh.

Semoga pihak berkuasa seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar dapat menegakkan keadilan kepada kumpulan kucing malang ini dengan menguatkuasakan undang-undang Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Kepada semua yang mahu menjadikan kucing-kucing ini sebagai anak angkat boleh hadir ke booth adoption Puan Sue Mayang Sayang Sayang Cat Shelter – SSCS di Ekspo Kucing Matrade pada 30 September 2022 hingga 2 Oktober 2022 nanti.

Kepada pelaku semoga kalian semua insaf dan faham adab menguruskan haiwan jalanan.

Laporkan terus kes jenayah haiwan domestik ke https://awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151 atau berhubung dengan pejabat Perhilitan negeri terdekat.

Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1890648207809..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.