Go

Rekod Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dvs Han..

 




Rekod rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) hanya memaparkan 12 buah shelter haiwan berdaftar yang lulus Lesen Aktiviti yang Berhubung Dengan Tempat Kurungan dan Perlindungan Haiwan (Lesen Shelter).

Kesemua shelter berdaftar DVS yang berlesen ini berada hanya di 7 buah negeri di Semenanjung Malaysia seperti berikut :

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

1. Persatuan Haiwan Malaysia – AKH-W-11

2. Zhen Shan Mei Mao Jia Yuan – AKH-W-38

Selangor

1. Pusat Haiwan QQ – AKH-B-95

2. Pertubuhan Perlindungan Rohani Haiwan Terbiar – AKH-B-148

3. Persatuan Kebajikan Haiwan-Haiwan Kurang Dijaga Selangor (Furry Friends Farm Malaysia) – AKH-B-157

Pulau Pinang

1. Pusat Kawalan Anjing Liar dan Terbiar MBPP – AKH-P-18

2. Persatuan Menolong Haiwan-Haiwan Seberang Perai Pulau Pinang – AKH-P-10

Negeri Sembilan

1. Persatuan Penyelamat Haiwan Terbiar Furrykids Safehaven – AKH-N-5

Melaka

1. Shikin Team Animal Rescuer – AKH-M-24

Johor

1. HHKC Maju Trading – AKH-J-28

2. Lim Yee Teng – AKH-J-0142

Perlis

1. Bustana Kucing – AKH-R-5

Shelter haram Srikandibsp Shelter mengaku berdaftar dengan DVS namun hanya mendaftarkan Lesen Shelter DVS pada 13/09/2024 selepas terpalit dengan kekecohan isu pengabaian kebajikan kucing berpemilik yang diserahkan kepadanya. Setiap permohonan Lesen Shelter perlu mematuhi prosedur pelesenan antaranya telah mendapat kelulusan lesen premis sebagai shelter Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu. Jelas sekali ianya satu penipuan dan cuba mengelirukan masyarakat.

Srikandibsp Shelter juga mengaku telah membuang kucing-kucing sakit serta kurus dalam jagaannya ke kebun sawit dan pasar atas alasan tiada kemampuan menjaganya dan tidak mampu beri rawatan akibat kekangan kos. Kemudian Srikandibsp Shelter aktif mengambil kucing serahan berpemilik yang lain dengan caj serta menawarkan promosi serta diskaun bermusim. Didapati Srikandibsp Shelter aktif meminta sumbangan dan memungut derma awam atas alasan menguruskan kucing yang tidak bernasib baik.

Sudah masanya satu tindakan tegas undang-undang perlu diambil terhadap Srikandi untuk mengelak daripada lebih banyak haiwan seperti kucing menjadi mangsa manipulasi. Bukti semua dakwaan ini berada dalam simpanan Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct.

Lampiran :

1. Maklumat pendaftaran Lesen Haiwan Shelter DVS baru dibuat Srikandibsp Shelter

2. Senarai Shelter Haiwan dikeluarkan DVS

#haiwankhazanahamanahtuhan #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalact #animalprotection #animals #animaljustice #animaleducation

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/5017866159352..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.