Go

Pemandu Didakwa Sengaja Rempuh Kumpulan Kera Hingg..

 



[ PEMANDU DIDAKWA SENGAJA REMPUH KUMPULAN KERA HINGGA ADA YANG MATI PERLU SEGERA DIBURU DAN DIDAKWA ]

Perbuatan pemandu kelihatan sengaja merempuh sekumpulan kera dalam kawasan habitatnya dilihat seperti mencabar undang-undang melindungi haiwan liar tersebut.

Saksi yang merakam video perlakuan pemandu kereta yang didakwa sengaja melakukan jenayah haiwan liar ini diminta segera membuat laporan kepada Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia supaya pelaku dapat segera diburu dan didakwa.

Video diterima siang tadi menunjukkan kejadian dipercayai berlaku di Taman Majupadu, Kluang Johor. Perbuatan keganasan amat serius dan mempamerkan keberanian penjenayah haiwan liar yang seolah-olah mencabar kuasa jabatan yang ditugaskan melindungi hidupan liar di negara ini.

Inilah kewajaran mengapa Animal Malaysia sering menyebut dan menyuarakan supaya HUKUMAN SEBATAN dilaksanakan terhadap penjenayah haiwan supaya ia mampu mendidik masyarakat tidak terjebak ke dalam kancah keganasan haiwan.

Bersama banteras jenayah haiwan. Kongsikan kes jenayah haiwan anda ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

Butiran peribadi pengadu adalah rahsia.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Sumber : Aku Budak Kluang


Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/videos/38..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.