Go

Orang Ramai Bukan Mangsa Banjir Dirayu Keluar Beri..

 



[ ORANG RAMAI BUKAN MANGSA BANJIR DIRAYU KELUAR BERI MAKAN PADA HAIWAN JALANAN ]

Ujian selama 48 jam hujan tanpa henti hingga mengakibatkan banjir teruk diserata tempat khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor memberi kesan besar terhadap haiwan jalanan seperti kucing dan anjing.

Presiden Arie Dwi Andika mengambil peluang menjenguk keberadaan kucing jalanan di sekitar kawasan Kuala Lumpur untuk melihat keadaan kucing-kucing jalanan yang rata-rata tempat kebuluran akibat banyak premis makanan tidak beroperasi dan menyebabkan peluang kucing jalanan mendapatkan makanan terputus.

Video ini dipilih untuk menunjukkan realiti keadaan kebuluran kucing jalanan dalam kawasan terpinggir di Kuala Lumpur. Ini menunjukkan keperluan bagi semua warga Kuala Lumpur yang tidak terpalit musibah banjir keluar memberi makan kucing dan anjing jalanan yang memang memerlukan sokongan kita semua.

Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan pembuang kucing membuang kucing peliharaannya di kawasan-kawasan terpencil yang menyukarkan kucing mencari bekalan makanan.

Sukarelawan Animal Malaysia juga dikerah terus mencari spot kucing jalanan dan anjing jalanan yang dikenal pasti sebagai tempat ketandusan bekalan makanan untuk kesinambungan hidup haiwan malang ini.

Bersama banteras jenayah haiwan. Kongsikan kes jenayah haiwan anda ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

Butiran peribadi pengadu adalah rahsia.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/videos/10..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.