Go

Terima Kasih Team Animal Malaysia Yang Turun Ke Lo..

 




[ TERIMA KASIH TEAM ANIMAL MALAYSIA YANG TURUN KE LOKASI AGIHAN MAKANAN KUCING DAN ANJING ]

Hari ini sedikit kelapangan hati apabila beberapa team bantuan makanan kucing dan anjing berpemilik serta jalanan Animal Malaysia berpecah kebeberapa lokasi untuk pengagihan makanan kepada pemilik dan kucing dan anjing jalanan terjejas akibat musibah banjir.

Antara beberapa lokasi ditujui team Animal Malaysia untuk pengagihan adalah Kampung Sri Aman Puchong, Taman Sri Mesra Batu 3 Shah Alam, dan beberapa lokasi di Taman Sri Muda Shah Alam.

Dengan kapasiti bekalan makanan yang terhad ada hasil sumbangan bersama pencinta haiwan dan pembelian oleh Presiden Animal Malaysia. Agihan dibuat dan dipecah-pecahkan mengikut lokasi dan keperluan.

Animal Malaysia tidak dapat memenuhi keseluruhan lokasi terlibat banjir namun kita tetap gigih berusaha semampu mungkin ambil peranan meringankan kesukaran yang sedang dirasai semua sekarang ini.

Kami di Animal Malaysia tetap berterima kasih kepada presiden, para penderma makanan, pengeluar makanan Masha Cat Mcf dan pihak terlibat terhadap usaha dan peranan kecil yang dimainkan untuk bersama lalui saat sukar ini.

Siri ke 3 bantuan makanan kucing dan anjing jalanan dan berpemilik akan diteruskan lagi dan diperluaskan berdasarkan jumlah bekalan yang ada.

Terima kasih rakyat Malaysia yang perihatin!

Animal Malaysia juga berterima kaseh kepada team Pertubuhan Bekas Handau/Paskau Malaysia yang turut hulur tangan bantu bersama ke lapangan menyampaikan bantuan makanan kucing dan anjing.

Bekalan makanan yang hendak dikongsikan sila whatsap ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1693245710882..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.