Go

Giliran Sebahagian Penduduk Padang Jawa Mangsa Ban..

 




[ GILIRAN SEBAHAGIAN PENDUDUK PADANG JAWA MANGSA BANJIR TERIMA BANTUAN MAKANAN KUCING DAN ANJING ]

Tidak dapat memenuhi keperluan keseluruhan penduduk di Padang Jawa Klang. Team Animal Malaysia tetap tidak tinggalkan tanggungjawab dan perhatian kepada pemilik kucing dan anjing terjejas banjir di sana hari ini.

Berbekalkan apa yang ada. Keperluan untuk kucing dan anjing tetap dikongsi supaya meringankan kesulitan pemilik haiwan comel ini dalam beberapa hari berdepan dengan kesibukan mengemas pasca banjir.

Animal Malaysia menggalakkan dan mengalu-alukan lebih banyak NGO sama ada NGO haiwan atau NGO kemanusiaan turun membantu mengedarkan lebih banyak lagi makanan kucing dan anjing untuk mengenyangkan haiwan di Padang Jawa.

Misi seterusnya ialah agihan makanan kucing dan anjing di negeri pantai timur. Biar lambat asalkan tetap mengambil giliran. Jom sama-sama kita jayakannya!

Terima kaseh semua pihak terlibat sama ada penyumbang makanan, penderma, sukarelawan dan team Animal Malaysia yang tidak putus asa bersama memikul beral dan menjinjing yang ringan.

Bersama kumpulkan makanan kucing dan anjing. Perkongsian rezeki sila wasap ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1698223170384..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.