Go

Segera Ambil Tindakan | Harian Metro

 


[ WANITA PUKUL KUCING BERKALI-KALI DENGAN BATANG PENYAPU HINGGA KUCING LEMBIK HARUS SEGERA DITANGKAP ]

Video perbuatan seorang wanita memukul kucing dengan batang penyapu merupakan satu jenayah haiwan yang berat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan merupakan satu tindakan luar batas sebagai seorang manusia yang normal dari segi akal fikiran dan sifat kemanusiaan. Perbuatan ini tanpa disedari melibatkan pelakukanya melanggar hak kebajikan haiwan dan terkait dengan hukuman minimum 1 tahun penjara dan maksimum 3 tahun penjara serta denda minimum sebanyak RM20,000 dan maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan.

Tidak sepatutnya pada zaman tahun 2022 dan setelah 5 tahun usia Akta Kebajikan Haiwan 2015 masih terdapat perlakuan brutal terhadap haiwan seperti kucing. Apatah lagi pada hari ini banyak kesedaran ditontonkan di laman sosial dan media-media visual. Taraf pendidikan dan peningkatan sosio ekonomi di Malaysia sepatutnya menjadikan masyarakat lebih memahami hak haiwan dan menghormati sesama makhluk selagi mana ia tidak mengancam nyawa manusia tersebut.

Sekiranya terdapat mana-mana haiwan yang mengancam keselamatan diri manusia. perlakuan melindungi diri hendaklah tidak berlebihan menggambarkan niat membenci haiwan tersebut hingga tindakan melindungi diri menjadi tindakan menzalimi dan menaniaya haiwan yang akhirnya pelaku bakal berdepan tindakan undang-undang berkaitan kezaliman haiwan.

Animal Malaysia menyeru masyarakat Malaysia supaya tidak mengambil tindakan sendiri seperti dalam video berkenaan. Hubungi pihak berkuasa untuk menangani haiwan sekiranya berlaku gangguan haiwan seperti kucing dan anjing atau dapatkan bantuan pihak yang arif mengurus dan mengendalikan haiwan jika terdapat ancaman dan gangguan bagi menyelamatkan kedua-dua pihak sama ada daripada kecederaan manusia atau penganiayaan haiwan.

Kongsikan kes jenayah haiwan ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/03/820064/segera-ambil-tindakan?s=08



Putrajaya: Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) memohon pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap individu yang memukul kucing dengan kejam.

Source: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/03/820064/segera-amb..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.