Go

Baru-Baru Ini Galeri Animal Malaysia Menerima Deng..

 




Baru-baru ini Galeri Animal Malaysia menerima dengan lapang hati serahan 16 ekor kucing milik seorang wanita warga emas yang dihalau serta-merta dari rumah sewa akibat gagal membayar rumah sewa tertunggak selama 9 bulan.

Wanita berusia lebih 60 tahun tersebut juga sedang menderita sakit dan cedera akibat kemalangan jatuh. Lebih malang lagi dia tiada pekerjaan dan tinggal seorang diri serta dilaporkan tiada kepedulian sesiapa termasuk ahli keluarga.

Namun amat mengagumkan apabila kesemua kucing yang diserahkan didapati berada dalam keadaan amat baik sekali dengan tahap kondisi kebersihan dan kesihatan kucing yang amat terpuji.

Galeri Animal Malaysia terpaksa membuat keputusan tanpa berbelah bagi menerima urus 16 kucing yang ada dalam simpanan warga emas ini demi menjamin masa depan kucing-kucing jagaannya supaya tidak terabai. Lima ekor daripadanya sudah dimandulkan, enam ekor masoh belom mandul dan lima ekor lagi masih berstatus kitten dan belom layak mandul. Penyerahan oleh warga emas ini dibuat tanpa ada sebarang bayaran memandangkan beliau tiada kemampuan.

Pengurusan Galeri Animal Malaysia tetap dengan pendirian berusaha mendapatkan satu adopter bagi setiap ekor kucing untuk kebaikan kucing yang berada di galeri tersebut.

Penerimaan serahan kucing tanpa bayaran diterima hanya untuk kes-kes kritikal tertentu yang dipertimbangkan sahaja dengan syarat ada individu menjadi jaminan hingga selesai lengkap segala urusan pemandulan dan vaksinasi kucing yang hendak dibawa ke Galeri Animal Malaysia.

Bagi kes biasa yang tiada alasan kukuh serahan. Caj serahan per ekor kucing antara RM100 hingga RM300 dikenakan dengan mengambil kira kos pemandulan, vaksinasi, keperluan kebersihan kucing dan kos kesihatan kucing dikenakan dan ditanggung oleh penyerah.

Kapasiti kemampuan Galeri Animal Malaysia hanya menghadkan 100 ekor pada satu-satu masa dan Galeri Animal Malaysia memartabatkan dasar ‘Adopt seekor kucing sebuah keluarga.’

Orang ramai dijemput hadir melawat Galeri Animal Malaysia dari semasa ke semasa memandangkan setiap minggu terdapat kucing berlainan si galeri dan sentiasa berkurangan kerana adoption walk in menggalakkan diterima daripada orang ramai.

Galeri Animal Malaysia dibuka setiap hari sari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang.

#cat #kucing #adoption #galeri #animal #malaysia #stray

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1796738137200..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.