Go

Hasil Buangan Pembuang Kucing Ini Adalah Group Ana..

Hasil buangan pembuang kucing ini adalah Group anak kucing berjumlah enam ekor diselamatkan oleh seorang penyelamat di Cyberjaya semalam. Kini mereka berada di Galeri Animal Malaysia untuk urusan pembersihan dan penjagaan serta dicarikan adopter.

Kesemua anak malang ini dipercayai dibuang di kawasan shop lot yang tidak ramai beroperasi. Tentunya sunyi, tiada sumber makanan dan minuman serta terdedah ancaman haiwan buas lain seperti ular.

Inikah yang dikatakan kucing pandai jaga diri sendiri apabila dibuang oleh para pembuang kucing? Sewaktu ditemui kesemua anak kucing ini dalam keadaan selesema teruk. Mengiau kebuluran, ketakutan dan paling malang tempat berteduh di bawah kolong longkang besar yang pada bila-bila masa apabila hujan lebat mereka semua bakal dihanyutkan banjir dan mati lemas.

Galeri Animal Malaysia menerima keenam-enam mereka tanpa sebarang bayaran dan syarat dikenakan kepada penyelamatnya memandangkan ia satu tanggungjawab sosial. Keputusan ini kerana pihak galeri berpuas hati dengan penyelamat enam anak malang ini yang bersusah payah menyelamatkan sendiri anak kucing ini, menghantarnya ke vet untuk rawatan kesihatan dan pembersihan serta berusaha sedaya upaya yang termampu menanggung sebahagian jumlah bill sebanyak RM500.00 daripada jumlah keseluruhan RM1,300.00 telah dibayar ke vet manakala baki bil kesemua anak ini sebanyak RM800.00 masih berhutang dengan vet kerana tiada kemampuan kewangan.

Galeri Animal Malaysia akan cuba membantu menyelesaikan baki bil vet yang masih tertunggak dan Kesemua anak kucing ini akan dibersihkan, divaksin dan dipastikan sihat sebelum ada mana-mana individu yang sudi mengambil mereka sebagai anak angkat.

Kekangan kewangan dan sumber bantuan terhad merupakan satu cabaran dalam membantu kos rawatan kucing di jalanan. Kerana itu setiap serahan dan adoption dikenakan bayaran caj serahan dan caj adoption sebagai usaha melibatkan orang ramai turut bertanggungjawab terhadap kos kerja membantu merawat kucing jalanan ini. Maka tidaklah hanya bergantung kepada satu pihak sahaja. Ia sebagai usaha menyokong kerja berterusan Galeri Animal Malaysia untuk membantu kucing yang benar-benar memerlukan dan perlu diselamatkan. Penglibatan tanggungjawab pihak penyelamat yang mahu menyerah kucing juga adalah perlu supaya ia tidak hanya melepas tangan kepada Galeri Animal Malaysia.

Galeri Animal Malaysia dibuka kepada orang ramai setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Sokongan semua adalah kekuatan untuk galeri ini meneruskan kerja membantu kucing.

Untuk urusan adoption boleh terus walk in ke galeri di alamat :

Galeri Animal Malaysia

No.5, Jalan Balam

Taman Million

51100 Kuala Lumpur

#cat #kucing #adoption #galeri #animal #malaysia #stray

Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/photos/a…

Facebook Comments

Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.