Go

Sedikit Throwback. Pada November 2022 Yang Lalu, S..

 




Sedikit #throwback ! 🤗

Pada November 2022 yang lalu, sesi latihan penanaman bakau melibatkan komuniti dari Kpg Paloh dan Kpg Stalon telah dianjurkan di kawasan jeti Kpg Paloh. Kawasan jeti tersebut merupakan salah satu kawasan yang telah disasarkan untuk aktiviti penanaman semula bakau di kawasan Kpg Paloh. Latihan di lapangan ini telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak untuk melatih komuniti dan berkongsi kaedah penanaman pokok bakau yang betul dalam memastikan kelangsungan hidup pokok yang akan ditanam.

Penghargaan kepada Jabatan Hutan Sarawak (Forest Department Sarawak) sebagai pelatih dan penyertaan komuniti setempat dalam menjayakan latihan penanaman semula bakau ini. Penglibatan langsung dan aktif daripada pihak berkepentingan yang berkaitan dan pihak komuniti tempatan adalah kunci kejayaan dalam melindungi dan memulihara tanah bencah kita..

#TogetherForNature #TogetherPossible #haritanahlembabsedunia #tanahlembab #pemuliharaangenerasi #demitanahlembab #wwfmy

#MangroveRehabilitation #GenerationRestoration #ForWetlands #MangroveConservation #LocalCommunities #Collaboration

Source: https://www.facebook.com/108100218241/posts/1016251166406324..



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.